Malaysia Tekad Tingkatkan Hubungan Dengan AS - Zulhasnan

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2016 9:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Zulhasnan Rafique berkata Kuala Lumpur bertekad untuk meletakkan hubungannya dengan Washington di peringkat lebih tinggi berikutan pelantikan beliau sebagai duta besar baharu Malaysia di Amerika Syarikat (AS).

Katanya beliau komited untuk memberi sumbangan dan perkhidmatan terbaik kearah mencapai hasrat dan objektif dalam hubungan dua hala kedua-dua negara.

Dalam kenyataan dikeluarkan sempena pelantikannya itu, Zulhasnan yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan berkata AS adalah antara ekonomi terbesar dan kuasa besar tercanggih dunia.

"Saya melihat pelantikan saya sebagai petanda jelas tentang tekad Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan pucuk pimpinan negara bukan sahaja untuk untuk meneruskan, malah meningkatkan dan mengukuhkan lagi hubungan baikantara Malaysia dan AS yang telah terjalin sejak sekian lama iaitu sejak negara kita mencapai kemerdekaannya," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Zulhasnan, yang menggantikan Datuk Dr Awang Adek Hussin, menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di atas kepercayaan Seri Paduka melantik beliau sebagai Duta Besar Malaysia di Washington.

Beliau turut merakamkan penghargaan sama kepada Najib. Kementerian Luar mengumumkan tentang pelantikan itu dalam satu kenyataan berasingan hari ini.

"Saya melihat pelantikan ini sebagai satu pengamanahan dan amanat besar keatas diri saya untuk mewakili kepimpinan dan seluruh rakyat Malaysia," kata Zulhasnan, yang menyandang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan dari 2006 hingga 2009.

Bekas juruterbang pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia itu berkata beliau akan memanfaatkan peluang tersebut untuk meningkatkan lagi hubungan antara kerajaan Malaysia dan pentadbiran baharu AS di bawah kepimpinan bakalpresiden Donald Trump.

"Tatkala Malaysia membangun maju ke arah mencapai sepenuhnya status negara maju berpendapatan tinggi, kepentingan mengukuhkan lagi hubungan diplomatik, ekonomi, pendidikan, sosial dan keselamatan merupakan faktor yang amat kritikal untuk diteruskan bagi mengeratkan hubungan dua hala dengan negara lain di dunia," katanya.

Beliau berkata ini termasuk kerjasama antara negara ke arah mencapai kestabilan politik dunia. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Tan Sri Zulhasnan Rafique , Duta AS

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan