Usia Tua Bukan Penghalang Sertai Pertandingan Ratu Kebaya

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2016 10:11 AM

Tan Bee Loon (empat, kiri) dan Lee Peck Gee (dua, kanan) bersama rakan-rakan peserta yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan kecantikan Ratu Kebaya Mok & Mek.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang guru Janet Tan Bee Loon telah mengambil bahagian dalam pertandingan kecantikan Ratu Kebaya Mok & Mek di sini untuk meningkatkan keyakinan diri dan mempromosikan kebaya yang kaya dengan sejarah di kalangan masyarakat Cina Peranakan.

Guru di SK Tengku Bariah berusia 54 tahun itu berkata, seorang bekas pemenang ratu cantik telah memberikan galakan kepadanya untuk mengambil bahagian dalam pertandingan itu.

"Saya tidak pernah mengambil bahagian dalam apa-apa pertandingan ratu cantik sebelum ini. Peserta dikehendaki memakai kebaya dan pakaian lain yang diputuskan oleh pihak penganjur," kata Bee Loon yang mempunyai empat anak dan seorang cucu.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Datuk See Meng Geok yang juga Pengerusi Wanita MCA Terengganu berkata, 10 wanita telah mengambil bahagian dalam pertandingan kategoti Mok yang terbuka kepada wanita Cina dari Terengganu, berumur 45 tahun ke atas.

Beliau berkata Lee Peck Gee, 70, dari Kuala Terengganu, yang mempunyai tiga anak dan tiga cucu merupakan peserta tertua dalam pertandingan ini.

Sementara itu, 12 orang wanita telah mengambil bahagian dalam peraduan kategori Mek yang terbuka kepada wanita Cina dari seluruh negara yang berumur 45 ke bawah.

"Kami menganjurkan pertandingan ratu cantik untuk tahun kedua berturut-turut.

"Selain mempromosikan kebaya, kami juga mahu mempromosikan Tahun Melawat Terengganu 2017," katanya.

"Pemenang akan ditentukan oleh jumlah 'like' di Facebook dan dianggarkan seramai 800 orang yang akan menghadiri majlis makan malamnya.

"Para peserta hanya boleh mengundi sekali sahaja untuk peserta pilihan mereka.

"Orang ramai boleh mengundi dengan berkunjung ke laman Facebook Mok & Mek Kebaya Beauty Contest," katanya.
Tags / Kata Kunci: ratu kebaya , Wanita MCA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan