Operasi Bas, Tren RapidKL Dilanjut Sempena Sambutan Tahun Baharu

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2016 3:14 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Tahun Baharu 2017, waktu operasi perkhidmatan LRT, MRT, bas RapidKL dan KL Monorel di beberapa stesen terpilih bakal dilanjutkan pada Sabtu ini.

Ketua Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana, Lim Jin Aun berkata ia adalah bagi memenuhi keperluan orang ramai yang ingin menghadiri sambutan itu selain untuk mengelak kesesakan lalu lintas di kawasan berdekatan.

Stesen yang akan dibuka sehingga pukul 2 pagi itu ialah Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT KLCC bagi Laluan Kelana Jaya manakala bagi Laluan Ampang dan Sri Petaling, stesen terlibat adalah Stesen LRT Masjid Jamek.

Bagi Laluan KL Monorel pula, waktu operasi di Stesen Bukit Nanas akan dibuka sehingga pukul 2 pagi manakala Stesen Hang Tuah sehingga 12.30 tengah malam.

"Bagi perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, Stesen Mutiara Damansara dan Bandar Utama juga akan dibuka sehingga 2 pagi," kata Lim dalam kenyataannya Rabu.

Beliau berkata waktu operasi bas RapidKL dilanjutkan sehingga 2.30 pagi bagi laluan tertentu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: RapidKL

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan