NGO Gesa Jakim Perjelas Status Coklat Daim, Toblerone

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2016 3:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini digesa menjelaskan status halal coklat jenama Daim dan Toblerone yang dilapor menimbulkan keraguan umat Islam.

Gesaan itu dibuat dua badan bukan kerajaan iaitu Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM).

Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay menegaskan Jakim perlu memberi keputusan sama ada coklat berkenaan halal atau tidak untuk dimakan orang Islam.

"Kita tidak mahu ada rasa was-was terhadap produk makanan ini," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Jakim sebelum ini mengesahkan kedua-dua jenama coklat popular itu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan tidak memperoleh sijil halal daripada mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf jabatan itu.

Bagaimanapun pada 26 Dis lepas, Mondelez International dalam kenyataannya berkata bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan coklat berkenaan adalah sesuai dan selamat dimakan orang Islam.

Syarikat pengeluar Daim dan Toblerone itu berkata walaupun produk itu dihasilkan di negara-negara yang tidak memerlukan pensijilan halal, namun ia tetap memenuhi piawaian pemakanan pengguna di seluruh dunia.

IRIMM dan MJMM turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap pengeluar coklat berkenaan berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Jakim , Daim , Toblerone

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan