Wanita Maut Selepas Selamatkan Kura-Kura Di Tasik

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2016 8:31 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang suri rumah menemui ajal akibat tergelincir di tepi tasik selepas menyelamatkan seekor kura-kura pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata kejadian kira-kira 9.30 pagi itu berlaku ketika Chin Ah Looi, 57, yang sedang bersenam di Bandar Seri Botani, Simpang Pulai melihat seekor kura-kura. 

"Mangsa kemudian bertindak mengambil kura-kura itu untuk dilepaskan ke dalam tasik berhampiran. 

"Namun ketika mangsa berdiri di tebing tasik, mangsa tergelincir dan disyaki badannya tercucuk sebatang kayu bakau sebelum dia terjatuh ke dalam tasik," katanya.

Beliau berkata anggota polis bantuan yang ternampak kejadian tersebut cuba menarik mangsa ke darat sebelum menghubungi pihak ambulans dan polis untuk mendapatkan bantuan.

Sum berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kesan kecederaan akibat tusukan pada bahagian dadanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan