Margin Simpanan Rendah Punca Gangguan Bekalan Air Lambat Pulih

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2016 9:34 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Masalah air di Selangor berpunca daripada margin simpanan air yang sangat rendah.

Margin simpanan bekalan air adalah berbeza dengan penggunaan dan kapasiti pengeluaran loji rawatan air.

Dan, setiap kali apabila bekalan air terganggu, pengguna perlu menunggu dalam tempoh masa yang lama untuk bekalan air sampai kepada mereka.

Selangor tidak bersendirian dalam menghadapi masalah tersebut. Negeri-negeri lain yang mempunyai margin rizab air rendah termasuklah Kedah, Sabah dan Perlis.

Bagaimanapun, Selangor dan Kedah, menjadi negeri paling kritikal berdepan masalah ini kerana mereka kini mengeluarkan air terawat pada tahap menjangkau kapasiti loji rawatan yang direka bentuk hanya untuk memenuhi permintaan.

Margin rizab di dua negeri ini adalah di bawah sifar, dengan Selangor pada kadar -1.5 peratus dan Kedah pada kadar -0.5 peratus. Perlis mempunyai margin rizab sebanyak 5.6 peratus dan Sabah adalah pada kadar 5.8 peratus.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer) S. Piarapakaran berkata keadaan di empat negeri ini adalah membimbangkan, sambil menambah margin ideal perlu berada di atas 20 peratus.

Beliau berkata rancangan untuk meningkatkan margin diperlukan apabila tahapnya jatuh di bawah 10 peratus.

"Apabila margin rizab jatuh ke tahap lima peratus dan ke bawah, ia memasuki zon kritikal," katanya.

Piarapakaran berkata margin boleh ditingkatkan dengan menaik taraf atau membina lebih banyak loji rawatan.

Ia juga boleh dirangsang dengan mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW), iaitu air terawat yang dihasilkan tetapi 'hilang' sebelum mencapai pengguna disebabkan oleh kebocoran paip atau kecurian.

Piarapakaran berkata margin rizab yang rendah di Selangor, yang semakin jatuh sejak tahun-tahun kebelakangan ini adalah salah satu sebab mengapa masa yang lama diambil untuk bekalan pulih sepenuhnya selepas penutupan loji rawatan.

Pemulihan bekalan air juga akan mengambil masa yang lama apabila loji rawatan kapasiti tinggi ditutup, sama ada disebabkan oleh pencemaran atau penyelenggaraan segera.

Kemudahan rawatan air dengan kapasiti tertinggi Selangor adalah di Loji Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 yang menghasilkan 70 peratus air terawat di Lembah Klang.

Lain-lain loji termasuklah loji rawatan Langat dan Semenyih.

Baru-baru ini, penutupan pencawang Bukit Badong selama 16 jam untuk kerja-kerja penyelenggaraan segera menyebabkan 3.9 juta penduduk berdepan gangguan bekalan air.

Beberapa hari diperlukan untuk menyambung semula bekalan kepada keadaan normal.

Pada bulan Oktober, loji rawatan berhampiran Sungai Semenyih terpaksa ditutup dua kali dalam tempoh dua minggu, kerana pencemaran bau, menjejaskan lebih 330,000 isi rumah.

Ini diikuti dengan gangguan bekalan air melibatkan 420,000 isi rumah di Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat selepas loji rawatan air Langat dan Sungai Cheras Batu 11 tiba-tiba dihentikan operasi berikut pencemaran bau di Sungai Semantan, Pahang.

Gangguan bekalan air mentah juga boleh membawa kepada pemotongan air.

Di Johor, kadar hujan yang lebih rendah pada Ogos tahun lepas menyebabkan paras air yang lebih rendah di sungai-sungai seperti Sungai Johor, membawa kepada penjadualan pengagihan air selama sebulan di beberapa kawasan di Johor Bahru dan Kota Tinggi.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata margin rizab air Selangor adalah kira-kira empat peratus dan bukan negatif seperti yang didakwa.

Ketua Komunikasi Korporat Syabas Amin Lin Abdullah bersetuju bahawa margin air Selangor pada masa ini adalah kira-kira empat peratus.

"Margin rizab sering turun naik apabila terdapat permintaan air dan apabila permintaan air sangat tinggi pada suatu masa tertentu, rizab itu akan jatuh," katanya.

Mengenai sama ada Selangor telah mengeluarkan air terawat melebihi kapasiti loji rawatan sedia ada, beliau berkata hampir semua loji rawatan sedang membuat penghasilan di luar kemampuan.

Amin berkata disebabkan ini jugalah negeri ini telah membina dua lagi loji rawatan air.

"Kami sedang membina loji rawatan air Semenyih 2 dan  Labohan Dagang untuk meningkatkan pengeluaran air bagi menampung permintaan yang semakin meningkat," katanya.

Amin berkata, sasaran kerajaan negeri adalah untuk mencapai margin rizab air sebanyak 15 peratus dalam jangka masa panjang.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan