Kastam Laksana Kaedah Lebih Mesra Laksana Pematuhan GST

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2016 1:07 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Jabatan Kastam menukar strategi dan menggunakan kaedah yang lebih mesra untuk memastikan syarikat perniagaan mematuhi peraturan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Timbalan Ketua Pengarah (penguatkuasaan dan pematuhan) Datuk T. Subromaniam berkata, kaedah baharu itu telah digunakan dalam operasi yang dilaksanakan di bawah Strategi Lautan Biru Kastam (CBOS) yang menyaksikan pegawai penguatkuasa mengunjungi premis bagi memberi penjelasan dan mendengar masalah yang dihadapi oleh pemilik perniagaan melibatkan kes pelanggaran peraturan.

Jelas beliau, langkah itu perlu dilaksanakan kerana segelintir pemilik perniagaan gagal untuk mengisytiharkan hasil GST kepada kerajaan.

Ujarnya lagi, ada juga pemilik yang terlibat mengisytiharkan jumlah kutipan tetapi tidak membayar jumlah cukai yang sepatutnya kepada kerajaan.

"Sebelum ini Jabatan Kastam melaksanakan kaedah pematuhan tetapi menukar kepada langkah pemberitahuan untuk mencapai golongan sasar.

"Operasi dengan kaedah baharu ini bermula pada September dan kita telah mengunjungi kira-kira 20,000 perniagaan yang berdaftar dengan GST serta mengumpul sebanyak RM1 bilion," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kastam , GST , T. Subromaniam

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan