Donut Hispter Tarikan Terbaharu Kuala Kangsar

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2016 4:46 PM

Seorang pelanggan menunjukkan donut strawberi ketika memilih donat berwarna-warni yang dijual dengan harga 50 sen sebiji di gerai Chandan Puteri, Kuala Kangsar, Perak. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Inginkan donat pelbagai warna dan perisa  dengan harga lebih murah tetapi rasanya setanding dengan yang dijual di premis francais milik syarikat ternama?

Penduduk sekitar bandar ini kini berpeluang menikmati kuih itu yang dikenali sebagai 'donat hipster' yang dijual di gerai biasa dengan harga yang jauh lebih murah sehingga menjadi viral di laman sosial.

Gerai yang dikendalikan pasangan suami isteri, Mohd Izwan Mohamad Nazir, 36, dan Nor Nafishah Ab Hamid, 35, di Taman Chandan Puteri kini menjadi tumpuan orang ramai untuk menikmati kuih itu sejak ia menjadi viral.

Nor Nafishah berkata beliau mula mengusahakan donat berwarna-warni berperisa strawberi, durian, pandan, coklat dan beri biru kira-kira dua minggu lalu.

"Saya menjual pelbagai jenis kuih seperti burger Malaysia, cucur badak, karipap dan pisang keju sejak dua tahun lalu tetapi donat ini baru sahaja diperkenalkan di gerai ini," katanya ketika ditemui Bernama di sini baru-baru ini.

Nor Nafishah berkata dia tidak menyangka sama sekali 'donat hipster' yang diusahakannya dan dijual dengan harga RM0.50 setiap satu mampu terjual sehingga 600 sehari.

"Saya pelik kenapa orang ramai datang ke gerai sehingga ada antara mereka yang datang sebelum gerai dibuka...jualan habis antara pukul 4 dan 5 petang...rupanya donat saya sudah viral dalam laman sosial. 

"Alhamdulillah sejak itu ramai pelanggan datang dan keuntungan pun semakin baik," katanya sambil menambah gerainya mula dibuka pada pukul 3.30 petang dan ditutup setiap Jumaat.

Ibu kepada tiga anak itu berkata beliau menggunakan 15 kilogram tepung untuk menghasilkan kira-kira 600 donat sehari dan dia dibantu suami di gerai setiap hari. 

"Saya ada rancangan untuk buat lebih banyak lagi donat tetapi tidak menang tangan kerana saya seorang sahaja yang uli dan goreng donat seawal 5 pagi," katanya.

Berkongsi kisah minat mengusahakan donat hipster itu, Nor Nafishah berkata pada mulanya dia mahu mengkomersialkan jualan pisang keju pelbagai perisa, namun tidak menyangka donat yang dihasilkan sebagai percubaan pula yang mendapat sambutan.

"Saya suka mencuba sesuatu yang baharu dan idea ini tercetus apabila saya dan adik yang berniaga di pasar malam di Kuala Lumpur sebelum ini cuba membuat donat ini sebelum mula menjualnya di gerai," katanya.

Menurut Nor Nafishah, dia kini mempunyai pelanggan tetap dan ada antara mereka sanggup membuat tempahan awal menerusi telefon kerana bimbang donat  serta beberapa kuih lain habis dijual.

Beliau turut mengambil tempahan untuk katering dan majlis keraian pada Sabtu dan Ahad bagi menambah pendapatan sekeluarga.

Sementara itu, seorang pelanggan Nurnabila Ahmad berkata apabila mengetahui kisah donat hipster yang viral di laman sosial, beliau terus pergi ke gerai itu untuk mencubanya. 

"Masa saya tiba, gerai tak buka lagi tetapi ramai pelanggan sudah beratur menunggu dan kebanyakannya mahu membeli donat hipster," katanya sambil menyifatkan produk dihasilkan Nor Nafishah sangat lembut dan sedap.

Tags / Kata Kunci: Donut Hipster

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan