Amanah Tunjuk Sikap Sebenar Mereka - PAS

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2016 1:37 PM

Datuk Iskandar Samad (tiga, kiri) bersama pemimpin-pemimpin PAS ketika mengumumkan kempen PAS Pilihanku.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hasrat Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding 40 kerusi tradisi milik PKR dan PAS dalam pilihan raya umum akan datang menunjukkan sikap sebenar mereka, kata PAS.

"Mereka (Amanah), tetap mahu curi kerusi walaupun daripada sekutu mereka, PKR," kata Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Samad pada sidang media di sini, Rabu.

Pada Selasa, Ketua Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata parti itu sedang mengintai kerusi yang secara tradisinya ditandingi oleh PKR dan PAS.

Bagaimanapun, parti itu bersedia untuk membenarkan PAS mengetuai kempen di Kelantan dan Terengganu jika mereka kembali ke pangkuan gabungan parti pembangkang.

Tetapi Iskandar menegaskan bahawa situasi seperti itu tidak akan berlaku.


Ini kerana PAS telah memutuskan bahawa kerjasama politik tidak akan diwujudkan dengan bekas sekutunya DAP dan parti serpihan mereka, Amanah, yang merupakan sebahagian daripada gabungan baharu itu.

Iskandar berkata ini juga tidak bermakna PAS akan bekerjasama dengan Umno.

"Majlis Syura telah memutuskan bahawa kita tidak akan bekerjasama dengan Umno. Ini jelas. Tiada kerjasama politik akan ditubuhkan dengan Umno," katanya.

Ditanya sama ada PAS terpaksa memilih antara Umno atau Pakatan Harapan jika mereka mendapat cukup kerusi di Selangor selepas pilihan raya umum, ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka ini berkata perkara itu tidak sepatutnya dibangkitkan.


"Kita tunggu dan lihat. Pada tahun 2008, kita mempunyai peluang untuk bekerjasama dengan Umno tetapi kami pergi (ketika itu) kepada Pakatan Rakyat," katanya.

DAP dan PAS telah memenangi 15 kerusi pada Pilihan Raya Umum 2013, dengan PKR mendapat 13 kerusi dan Umno 12 kerusi.

Terdahulu, PAS mengumumkan pelancaran kempen 'PAS Pilihanku' untuk menarik lebih ramai ahli baharu.


Iskandar berkata kempen itu akan bermula pada 1 Januari, tetapi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan membuat pelancaran secara rasmi pada 21 Januari ini di Shah Alam.

Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan 15 peratus keahlian di setiap negeri menjelang pilihan raya umum akan datang.

Iskandar bagaimanapun menafikan kempen itu dilancarkan disebabkan oleh pengaruh penubuhan Amanah dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia.

"Tidak, kami tidak berada di bawah ancaman sama sekali. Ramai yang berminat untuk menyertai parti kita terutama apabila kita mengamalkan dasar baharu politik matang.

"Pengundi atas pagar adalah sasaran kami," katanya.
Tags / Kata Kunci: kerjasama politik , PRU-14 , PAS Pilihanku

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan