Tiga Mangsa Nahas Bas Pagoh Masih Terima Rawatan

Diterbitkan: Selasa, 27 Disember 2016 9:41 PM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Tiga mangsa nahas bas ekspres di Kilometer 137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, Pagoh, dekat sini pada Sabtu lepas, masih menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar, manakala dua orang lagi dibenarkan pulang pada Selasa.

Pengarah HPSF Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata ketiga-tiga mereka ialah R.Kesavan, R. Govindara dan Miyarseh Kemat, iaitu isteri pemandu bas, Zakeer Zubir, yang maut dalam nahas yang turut mengorbankan 13 orang lagi, termasuk anak bongsu mereka.

"Keadaan semua mangsa kini semakin pulih dan kita jangka mereka akan dibenarkan pulang dalam masa seminggu lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada 50 orang kanak-kanak pesakit dan bekas pesakit HPSF yang kurang berkemampuan menerusi program kembali ke sekolah anjuran Jabatan Kerja Sosial HPSF, di sini.

Dr Selahuddeen berkata pihaknya sentiasa peka dengan kebajikan pesakit dan memberi keutamaan terlebih dahulu kepada mereka selain membantu menguruskan permintaan pesakit atau keluarga yang ingin berpindah ke hospital lain.

Beliau menolak dakwaan keluarga pemandu bas ekspres terbabit bahawa pihak hospital tidak memberi kerjasama tentang keadaan Miyarseh.

"Pihak hospital mempunyai dasar tidak boleh mendedahkan keadaan pesakit kepada orang luar menerusi panggilan telefon.

"Sukar untuk kita mengesan identiti pemanggil dan mengesahkannya sebagai keluarga terdekat mangsa," katanya.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan