'Sesumpah' Kaut Untung, Syarikat Tanggung Rugi

Diterbitkan: Selasa, 27 Disember 2016 1:30 PM

Hanya teksi Airport Limo yang dibenarkan menunggu penumpang di terminal KLIA manakala bagi perkhidmatan kongsi kereta hanya dibenarkan menghantar sahaja ke KLIA. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 60 perkhidmatan kongsi kereta dikesan menerusi aplikasi mudah alih berada di aras ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dalam tempoh dua jam.

Sepanjang tempoh itu juga, kira-kira empat pemandu perkhidmatan itu dikesan mengambil penumpang dengan cara memujuk tanpa melalui sebarang tempahan secara sah. Portal berita ini menamakan kumpulan ini sebagai 'sesumpah' bagi membezakan dengan 'ulat' teksi.

Caj perkhidmatan kedua-dua syarikat penyedia perkhidmatan itu sedikit berbeza mengambil kira faktor waktu puncak dan keadaan trafik.

Dianggarkan caj perkhidmatan sehala belum termasuk tol antara Kuala Lumpur dan KLIA2 bagi Uber atau GrabCar adalah RM65.

Tinjauan mStar Online kali ini dilakukan bukan pada waktu puncak iaitu bermula pukul 8 malam. Selain memantau kegiatan 'sesumpah', wartawan kami juga menemubual beberapa pemandu terlibat untuk mendapatkan maklumat taktik yang digunapakai untuk mengaut untung.

Dalam tempoh antara 8 malam sehingga 6 pagi iaitu untuk selama 10 jam, dianggarkan 20 'sesumpah' melibatkan pemandu syarikat penyedia perkhidmatan itu sedang beroperasi.

Berdasarkan tinjauan itu, terdapat dua jenis 'sesumpah' iaitu mereka yang menjadikan KLIA dan KLIA2 sebagai pangkalan, manakala satu lagi adalah pemandu dari ibu negara yang menghantar penumpang.

Daripada kira-kira 60 pemandu yang dikesan di KLIA2, dianggarkan 20 adalah 'sesumpah' tetap. Situasi sama berlaku di KLIA, bagaimanapun bilangannya lebih kecil.

Secara purata, 'sesumpah' yang berpangkalan di KLIA/KLIA2 akan memperoleh sekurang-kurangnya tiga trip sehari.

Jika dihitung, setiap pemandu pengangkutan kongsi kereta itu boleh meraih pendapatan serendah RM195 sehari.

Kebiasaan 'sesumpah' ini beroperasi lima hari seminggu, sekali gus jumlahnya mencecah RM975 dan jika sebulan pula, totalnya RM3,900.

Jumlah itu melibatkan seorang pemandu, bayangkan jika ia membabitkan 30 sesumpah (20 di KLIA2 dan 10 di KLIA), anggaran pendapatan kumpulan ini boleh mencecah RM117,000 sebulan.

Daripada jumlah itu, syarikat penyedia perkhidmatan itu mengambil komisen lebih kurang 20 peratus daripada jumlah caj perkhidmatan dan ia bermakna 'sesumpah' ini 'menyerap' komisen yang sepatutnya diberikan kepada syarikat sebanyak RM23,400 sebulan atau hampir RM300,000 setahun!

Ia sekadar kiraan untuk purata caj perkhidmatan bagi perjalanan sehala dari/ke KLIA/KLIA2 sebanyak RM65 yang dikenakan kepada penumpang di kalangan rakyat tempatan, manakala pemandu tidak bertanggungjawab itu akan mengambil kesempatan dengan mengenakan caj lebih tinggi kepada pelancong asing.

Jumlah itu belum lagi dicampur dengan 'sesumpah' yang hanya singgah sesekali selepas menghantar penumpang dari Kuala Lumpur ke KLIA/KLIA2.

Perkiraan ini juga hanya berdasarkan tiga 'trip' pada waktu malam sehingga awal pagi. Bagaimanapun, difahamkan sesumpah ini juga berani mencari mangsa pada waktu pagi hingga petang.

Jika dicampur kesemua faktor itu, komisen 'atas angin' yang diraih sesumpah ini barangkali berlipat kali ganda.

Ikui laporan mStar Online yang mengupas kegiatan 'sesumpah' di KLIA2 ini pada Rabu, 28 Disember 2016.

Tags / Kata Kunci: KLIA , klia2 , teksi , sesumpah

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan