Warga Malaysia Berkerja Di Luar Negara Layak Mencarum KWSP

Diterbitkan: Selasa, 27 Disember 2016 9:24 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara termasuk Singapura layak mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M) sebagai tabungan di hari tua.


Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP cawangan Johor, Faizal Abu Al-Ashari berkata kemudahan itu diberi kepada mereka yang berusia 55 tahun ke bawah bagi mendaftar sebagai pencarum KWSP untuk membuat simpanan dan menikmati keselesaan apabila mencapai umur persaraan.

Ia sekali gus menyangkal persepsi bahawa rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara tidak berkelayakan untuk membuat simpanan dengan KWSP.

"Sebenarnya mereka masih boleh menyimpan dengan KWSP. SP1M diperkenal untuk menggalakkan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan, termasuk rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara," katanya kepada Bernama di sini.

Tambahnya, tiada jumlah tetap dikenakan untuk skim berkenaan yang mana pencarum KWSP boleh membuat caruman antara RM50 hingga RM60,000 setahun pada bila-bila masa mengikut kemampuan dan akan menerima dividen tahunan sama seperti pencarum lain mengikut kadar semasa.

Faizal berkata pendaftaran boleh dibuat di KWSP dengan mengisi borang khas dan bayaran sama ada di kaunter KWSP, ejen bank iaitu Malayan Banking Bhd (Maybank), Public Bank Bhd, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional serta secara dalam talian di Maybank atau Public Bank.

Katanya, selain SP1M, mereka yang berminat dan berkelayakan boleh membuat simpanan peribadi melalui kaedah simpanan caruman sukarela.

Setakat tahun lepas, sejumlah 65 peratus daripada pencarum KWSP berusia 54 tahun mempunyai simpanan sebanyak RM50,000 dan ke bawah, yang mana kebanyakan ahli menghabiskan wang simpanan KWSP mereka dalam jangka masa tiga hingga lima tahun.

Bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan merancang untuk persaraan, RAS bertindak untuk memberi khidmat nasihat serta bimbingan kepada pencarum KWSP secara percuma.

RAS merupakan khidmat pertama seumpamanya di rantau Asia Tenggara dan merupakan inisiatif di bawah Kecemerlangan Keselamatan Sosial, Pelan Perancangan Strategik KWSP 2013-2017.

Sejak dilancarkan pada 2014 hingga Ogos tahun ini, sejumlah 17,805 ahli KWSP telah mendapatkan khidmat nasihat RAS secara bersemuka di cawangan KWSP.

"RAS cawangan Johor dibuka secara rasmi pada Oktober tahun lepas. Sejumlah 1,500 ahli telah tampil ke cawangan kami bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai perancangan simpanan mereka.

"Di Johor, pelanggan yang mendapatkan khidmat nasihat terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bangsa dan latar belakang antaranya kakitangan kerajaan, swasta, pekerja kilang serta bekerja sendiri," katanya.

Beliau berkata mereka sangat berpuas hati dan kebanyakannya lebih faham dan sedar akan kepentingan merancang kewangan dan persaraan.

Faizal berkata antara persoalan yang kerap diaju pelanggan yang mengunjungi kaunter RAS di Johor adalah mengenai jumlah wang simpanan yang perlu ada selepas persaraan, anggaran sama ada wang persaraan mereka mencukupi atau tidak serta produk dan perkhidmatan terkini KWSP.

Katanya, terdapat dua pendekatan yang digunakan pegawai RAS ketika memberi khidmat nasihat kepada ahli KWSP iaitu Perancangan Persaraan kepada ahli yang berumur 35 tahun ke atas, dan Perancangan Kewangan bagi ahli yang berumur 35 tahun ke bawah.

"Berdasarkan situasi yang dikendalikan, cabaran utama yang dihadapi rakyat Malaysia adalah pertama, mengenai Perancangan Kewangan iaitu tentang dana persaraan yang tidak mencukupi, mempertimbangkan untuk melambat persaraan dan terus bekerja selama mana yang boleh.


"Kedua, Perancangan Persaraan yang mana mereka merancang untuk menggunakan simpanan persaraan mereka dengan cara yang boleh menjana pendapatan sepanjang hayat," katanya.

Tags / Kata Kunci: KWSP , carum KWSP , RAS , luar negara

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan