MRT: Najib Jemput Orang Ramai Beri Maklum Balas

Diterbitkan: Selasa, 27 Disember 2016 10:54 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin menjemput orang ramai memberi maklum balas terhadap perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK) fasa satu yang baru dilancarkan.

"Dah 10 hari MRT beroperasi, macam mana, siapa dah naik? Boleh beri maklum balas kepada @MRTMalaysia kalau ada apa-apa cadangan dan pendapat," tulis Najib dalam catatan di laman rasmi Facebook beliau malam ini.

Beliau turut berkongsi beberapa keping gambar memaparkan para penumpang menggunakan perkhidmatan MRT dan bas perantara percuma selama sebulan sehingga 16 Januari depan.

Laluan fasa pertama MRT melibatkan 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan dengan jarak sejauh 21 kilometer itu mula beroperasi 16 Dis lepas.

Ia meliputi stesen Sungai Buloh; Kampung Selamat; Kwasa Damansara; Kwasa Sentral; Kota Damansara; Surian; Mutiara Damansara; Bandar Utama; Taman Tun Dr Ismail; Phileo Damansara; Pusat Bandar Damansara and Semantan.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan