Diskaun Tol 10 Peratus Lebuhraya MEX Sempena Tahun Baharu

Diterbitkan: Selasa, 27 Disember 2016 12:52 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Diskaun tol 10 peratus diberikan di Lebuhraya Maju (MEX) bersempena sambutan Hari Tahun Baharu 2017.

Menurut pengendali lebuh raya itu, Maju Expressway Sdn Bhd (MESB), pemberian diskaun tol itu bagi semua kelas kenderaan bermula 12.01 pagi sehingga 11.59 malam pada hari Tahun Baharu 2017 (1 Jan).


"Dianggarkan lebih 100,000 kenderaan bakal menikmati diskaun ini," kata syarikat itu dalam kenyataan, Selasa.

Tags / Kata Kunci: diskaun tol , Lebuhraya MEX , Tahun Baru

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan