SPAD Cadang Naikkan Gaji Pemandu Bas, Elak Kejar Komisen

Diterbitkan: Isnin, 26 Disember 2016 3:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mencadangkan supaya syarikat bas ekspres menyemak semula mekanisme memberi upah berbentuk komisen kepada pemandu bas mereka.

Pengerusinya, Tan Syed Hamid Albar berkata pemandu bas perlu diberi gaji asas yang lebih tinggi bagi mengelakkan mereka terlalu mengejar komisen sehingga terdedah kepada risiko kemalangan akibat faktor keletihan dan pemanduan laju.

"Bila gaji asas yang diberi tidak tinggi, ia menggalak pemandu mengejar 'trip' untuk mendapat komisen bagi meningkat pendapatan mereka.

"Jadi operator bas ini perlu digalak untuk memberi gaji yang lebih tinggi kepada pemandu mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program 'Garage Giveaway' untuk etnik Rohingya di sini, Isnin.

Syed Hamid berkata walaupun cadangan tersebut bukanlah penyelesaian total terhadap isu keselamatan bas ekspres tetapi beliau percaya ia merupakan sebahagian penyelesaian bagi mengelak pemandu keletihan ketika memandu.

Justeru, Syed Hamid berkata syarikat atau operator bas juga perlu dibenarkan untuk mengenakan tambang yang lebih fleksibel supaya mampu membayar gaji lebih tinggi kepada pemandu mereka.

Dalam pada itu Syed Hamid meminta orang ramai supaya tidak mudah menuding jari terhadap suruhanjaya berkenaan apabila berlakunya sesuatu kejadian kemalangan atau kesalahan lalu lintas oleh kenderaan awam dan berat.

"Ramai yang tak faham undang-undang, baca balik 'traffic ordinance', SPAD hanya keluarkan lesen (operator bas), yang lain (berkaitan had laju dan pemandu) di bawah (bidang kuasa) JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan polis trafik. Kita (SPAD) tiada kuasa untuk check pemandu dan kawal kesalahan had laju.

"Kita boleh suspended (gantung) lesen jika ada kes melibatkan bas ekspres sehingga kita puas hati, yang itu di bawah bidang kuasa kita," katanya.

Justeru beliau berkata semua agensi berkaitan perlu duduk bersama bagi membincangkan pengenalan undang-undang baharu atau pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan perkhidmatan kenderaan bas.

"Di pihak SPAD kita berminat dengan cadangan seperti pemasangan 'seat belt' dalam bas ekspres, ini perlu dibincang bersama," katanya.

Syed Hamid berkata Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya (MIROS) misalnya, akan mengemukakan hasil siasatan dan cadangan terhadap kes-kes kemalangan yang boleh diaplikasikan oleh kerajaan bagi mengelak kejadian sama berulang.

Dalam kejadian terbaharu membabitkan kemalangan bas ekspres, sebanyak 14 maut manakala 16 cedera selepas bas berkenaan terjunam ke dalam cerun sedalam 10 meter di KM137.3 Lebuh Raya Utara-Selatan di Kampung Jayor, Muar, Johor pada Sabtu lepas.

Tags / Kata Kunci: SPAD , Bas Ekspres

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan