Cameron Highlands: Paras Air Empangan Sultan Abu Bakar Normal

Diterbitkan: Isnin, 26 Disember 2016 1:39 PM

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Paras air di Empangan Sultan Abu Bakar di Ringlet, Cameron Highlands berada pada paras normal walaupun hujan tanpa henti dilaporkan berlaku pada Ahad.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pahang Zainal Yusoff berkata setakat ini keadaan di tanah tinggi itu terkawal walaupun beberapa insiden tanah runtuh dan banjir kilat dilaporkan berlaku semalam terutama di Tanah Rata.

"Setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik dan paras air empangan juga normal," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Hujan tanpa henti selama sehari semalam menyebabkan paras empangan berkenaan mencecah 1068.5 meter iaitu melebih paras normal iaitu 1068.3 meter.

Zainal berkata penduduk kawasan sekitar empangan iaitu Lembah Bertam akan hanya diarah berpindah sekiranya paras empangan mencecah 1069.8 meter.

Sementara itu, cuaca di sini ketika ini dilaporkan baik.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan