Nahas Bas: Laporan Awal Dua Minggu Lagi - Miros

Diterbitkan: Isnin, 26 Disember 2016 5:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) akan mengeluarkan laporan awal mengenai kemalangan bas ekspres di KM137.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke utara berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Pagoh pada Sabtu, dalam tempoh dua minggu.

Ketua Pengarah Miros Prof Dr Wong Shaw Voon berkata institut itu sedang menjalankan siasatan terperinci dan menyeluruh untuk mengenal pasti punca sebenar nahas itu, yang menyebabkan pemandu dan 13 penumpang bas itu terbunuh.

Beliau berkata pihaknya menerima kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam mengumpul maklumat diperlukan.

"Agensi berkenaan sedang menjalankan siasatan mengikut keperluan dan kapasiti masing-masing yang merangkumi pelbagai aspek berkaitan pemandu,pengendalian syarikat, jalan raya serta keadaan bas terbabit. 

"Kesemua maklumat yang dikumpulkan akan diteliti sebelum laporan awal dikeluarkan dalam tempoh dua minggu dengan objektif utama mengenal pasti ruang penambahbaikan supaya kejadian seumpama itu tidak berulang," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Kejadian kira-kira 3.30 pagi itu turut menyebabkan 16 penumpang lagi cedera selepas bas ekspres itu, yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru, terjunam ke dalam cerun sedalam 10 meter.

Wong berkata semua pihak termasuk pengusaha bas dan penumpang perlu memainkan peranan masing-masing bagi mengelak kejadian sama berulang.

Pihak pengusaha juga perlu memastikan pemandu mempunyai rehat secukupnya selain dalam keadaan cergas dan sihat untuk menjalankan tugas dengan baik kerana ia melibatkan keselamatan penumpang, katanya.

"Pemandu wajib memaklumkan kepada pihak pengurusan sekiranya mereka tidak berkeupayaan untuk menjalankan tugas selain penumpang boleh mengingatkan atau menegur pemandu sekiranya memandu dalam keadaan berbahaya.

"Sebagai pengguna perkhidmatan itu, penumpang digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan pengendali bas yang lebih selamat dengan memilih bas yang telah ditaraf bintang oleh Miros dengan merujuk laman sesawang kami di http://ssg.miros.gov.my ," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Laporan Miros , Nahas Bas , Pagoh

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan