PPBM: Anina Tolak Alasan 'Kesilapan Teknikal'

Diterbitkan: Isnin, 26 Disember 2016 1:35 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anina Saadudin pada Isnin menafikan dakwaan bahawa majlis angkat sumpah jawatan sebagai ketua sayap wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah 'kesilapan teknikal'.

Beliau merujuk kepada laporan berita yang memetik Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh sebagai berkata bahawa majlis angkat sumpah beliau pada 2 November lalu adalah 'kesilapan teknikal'.

"Kesilapan teknikal hanyalah satu alasan," katanya kepada The Star Online.

Apabila ditanya sama ada beliau percaya sudah dibuang dari kedudukannya, Anina menjawab: "Ya, itulah yang saya percaya, itulah yang saya faham."

"Saya dimaklumkan oleh Setiausaha Agung dan Timbalan Presiden yang Majlis Presiden tidak mencadangkan saya untuk menjadi Ketua Srikandi PPBM," katanya.

Anina juga berkata beliau juga tidak mengetahui siapa yang telah menggantikan kedudukannya sebagai Ketua Srikandi.

"Saya tidak tahu siapa yang menggantikan saya bagi kedudukan itu.

"Mereka membuat keputusan itu, mereka seharusnya mempunyai calon untuk menggantikan saya. Mereka sepatutnya lebih tahu," katanya.

Apabila ditanya sama ada beliau telah dipecat kerana dakwaan skandal seks, Anina berkata: "Saya tidak tahu."

Tags / Kata Kunci: Anina Saadudin , PPBM

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan