Tanah Runtuh Di Tanah Rata, 13 Keluarga Diarah Pindah

Diterbitkan: Ahad, 25 Disember 2016 6:15 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tanah rumah melibatkan Rumah Peranginan Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Tanah Rata, Cameron Highlands pada Ahad. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Muhamad Haziq Hazmi berkata kejadian tanah runtuh pada 3.11 petang itu membabitkan satu unit banglo dikenali sebagai 'The Sharples'.

"Runtuhan itu menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan bangunan dan empat kereta.

"Bomba telah mengarahkan 13 penghuni banglo itu supaya mengosongkan bangunan berkenaan kerana dikhuatiri berlaku runtuhan kedua," katanya.

Muhamad Haziq berkata pihaknya dimaklumkan oleh Jabatan Kerja Raya bahawa usaha membaiki cerun di kawasan itu hanya boleh dijalankan selepas mendapat kebenaran TNB memandangkan kawasan terlibat adalah milik syarikat utiliti itu.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Tanah Rata , Cameron Highland , Tanah Runtuh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan