Pemandu Bas Tiada Rekod Kesalahan - JPJ

Diterbitkan: Ahad, 25 Disember 2016 10:24 AM

Kerja-kerja pengalihan bas ekspres yang terlibat nahas sehingga mengorbankan 14 penumpang giat dijalankan dengan bantuan kren di Kilometer 137, Lebuhraya Utara Selatan arah utara. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemandu bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di KM 137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada Sabtu tidak memiliki sebarang kesalahan dalam rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Nadzri Siron berkata berdasarkan semakan JPJ, pemandu bas berkenaan, Zakeer Zubir, 32, yang turut maut dalam kejadian itu, didapati tidak mempunyai saman tertunggak, selain rekod bersih.

"Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan pemeriksaan Puspakom pemandu bas berkenaan juga masih sah dan aktif," katanya kepada pemberita selepas Op Jalan Fasa Satu JPJ, di Jalan Bangsar, di sini malam Sabtu.

Dalam kejadian awal pagi semalam itu, bas berkenaan terjunam ke dalam cerun dan merempuh benteng konkrit di Kampung Jayor di KM 137.3 berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh, menyebabkan 14 orang maut dan 16 cedera.

Bagaimanapun, Nadzri berkata hasil semakan rekod JPJ, syarikat pengendali bas berkenaan iaitu Goldstar Express (M) Sdn Bhd didapati memiliki lapan saman tertunggak antara 2014 dan November 2015.

"Lapan saman tertunggak syarikat bas itu adalah hanya daripada JPJ sahaja...kami masih menunggu rekod saman daripada PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) sekiranya ada," katanya.

Beliau berkata JPJ akan bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan PDRM untuk menyiasat punca kemalangan tragis itu.

"Ya, JPJ bersama PDRM dan Miros akan melakukan siasatan terperinci mengenai kemalangan bas terbabit manakala perkembangan laporan siasatan insiden berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

Sementara itu, dalam Op Fasa Satu, Nadzri berkata JPJ telah memeriksa 816 motosikal dan daripada jumlah tersebut sebanyak 243 notis dikeluarkan untuk pemeriksaan spesifikasi yang tidak mematuhi peraturan JPJ.

Operasi yang bermula 8 malam dan berakhir 11.20 malam tadi itu melibatkan 63 anggota terdiri daripada JPJ, PDRM, Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar dan Agensi Antidadah Kebangsaan.

Tags / Kata Kunci: JPJ

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan