Pihak Berkuasa Perlu Tegas Tangani Nahas Kenderaan Berat -Exco Johor

Diterbitkan: Ahad, 25 Disember 2016 9:03 PM

Kemalangan bas yang menyebabkan 14 kematian pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

MUAR: Pihak berkuasa diharap lebih tegas dalam penguatkuasaan undang-undang terhadap kenderaan berat khusus bas ekspres bagi memastikan nahas bas ekspres di Pagoh tidak berulang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat berkata setiap kali berlaku insiden membabitkan angka korban yang tinggi, kajian demi kajian dibuat, namun gagal dilaksana dengan baik.

"Kita dapat lihat cara di Malaysia hanya hangat-hangat tahi ayam dan tidak lama kemudian insiden yang sama berulang lagi dan kita sekali lagi membuat kajian," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Beliau sebelum itu ditemani pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF)Dr Salehuddeen Abd Aziz melawat mangsa kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres di Kilometer 137.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berdekatan dengan Pagoh.

Ayub berkata sepatutnya pihak berkuasa lebih tegas dalam perkara ini agar ia tidak berulang lagi.

"Kita perlu lebih tegas dan tidak tergugut dengan ugutan pihak tertentu dalam melaksanakan undang-undang demi keselamatan orang ramai kerana nyawa orang ramai perlu diberi keutamaan," katanya.

Ayub berkata satu ketika dahulu pernah ada cadangan agar kotak hitam dipasang pada bas ekspres bagi mengurangkan kemalangan jalan raya namun ia tidak dilaksanakan hari ini.

"Dalam perkara ini, kita sepatutnya mencontohi negara Eropah yang melaksana undang-undang ketat kepada pemandu bas," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Exco Johor , Kenderaan berat , tindakan tegas

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan