Kenduri Kesyukuran Bertukar Tahlil Bagi Keluarga Nahas Bas

Diterbitkan: Ahad, 25 Disember 2016 4:23 PM

Wahab Jusoh yang merupakan bapa kepada Allahyarham Mohd Hisham Wahab menuntut jenazah anak lelakinya di Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar pada 25 Disember 2016. - ABDUL RAHMAN EMBONG/The Star. .

(Ubah saiz teks)

MARANG: Kenduri kesyukuran yang dirancang pada Ahad ditukar menjadi majlis tahlil bagi keluarga seorang daripada mangsa yang terkorban dalam nahas bas ekspres di Lebuhraya Utara Selatan dekat Pagoh, Johor pada Sabtu..

"Masa kami dapat berita sedih ini kami sedang memasak untuk persiapan majlis (majlis kesyukuran dan cukur jambul) hari ini (Ahad).

"Selepas mendapat tahu kira-kira pukul 7.15 malam itu kami ingat hendak batalkan majlis namun ayah menyuruh untuk teruskan," kata Noor Suryati Wahab, ketika ditemui di sini.

Katanya abangnya Mohd Hisham, 34, berkerja di bahagian Kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Noor Suryati, 29, berkata majlis kesyukuran dan cukur jambul untuk anak bongsunya itu dirancang sejak sebulan lalu.

Ibu mangsa Siti Zainab Musa, 51, berkata pada awalnya dia dimaklumkan yang anak lelaki tunggalnya itu hanya cedera.

"Masa tengok TV saya rasa berdebar bila lihat senarai nama Hisham paling atas namun tiada butiran lanjut untuk mengesahkan arwah terlibat.

"Selepas Maghrib kami menerima panggilan telefon daripada pihak polis Johor meminta untuk menuntut jenazahnya dan kira-kira pukul 9 malam suami saya bergerak ke sana," katanya dengan penuh sebak.

Siti Zainab berkata sejak dua hari lalu hatinya sering tidak tenteram, rupanya ia membawa petanda mereka sekeluarga akan menerima berita duka yang anaknya akan meninggalkan mereka buat selamanya.

Katanya, Mohd Hisham jarang pulang ke kampung dan kali terakhir mereka berjumpa ialah pada bulan puasa lalu semasa anaknya bercuti selama sebulan di kampung.

Jenazah Mohd Hisham dijangka dikebumikan selepas solat Isyak malam ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rawai, di sini.

Sebanyak 14 orang yang maut manakala 16 lagi cedera dalam kemalangan bas ekspres di Kampung Jayor di Km137.3 berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh, Johor, pada kira-kira 3.25 pagi itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kemalangan Bas

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan