PRU14: Umno Kelantan Tumpu Tiga Parlimen 'Kelabu' - Mustapa

Diterbitkan: Ahad, 25 Disember 2016 10:39 PM

Mustapha Mohamed menziarahi warga emas Husin Daud, 85, serta isteri Bidah Sulung di rumah mereka di Kampung Rantau Manis Kuala Balah sempena program turun padang ke Parlimen Jeli pada Ahad. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

JELI: Umno Kelantan akan memberi tumpuan kepada tiga Parlimen 'kelabu' di negeri ini sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Pengerusi Badan Perhubungannya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata tiga Parlimen itu ialah Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai dengan Umno tewas kurang daripada 1,000 undi di ketiga-tiga kawasan berkenaan.

"Saya dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan) serta Ketua Umno bahagian akan mengadakan program jelajah kecil ke setiap peti undi di ketiga-tiga Parlimen itu.

"Dalam jelajah itu, kami akan melihat perancangan dan persiapan yangdilakukan oleh anggota jawatankuasa peti undi di ketiga-tiga Parlimen tersebut,"katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Parlimen Jeli di sini,Ahad.

Menurutnya program jelajah kecil itu merupakan sebahagian daripada Program Gelombang Merah yang dilancarkan oleh Umno Kelantan bagi menawan kembali negeri ini daripada PAS pada PRU14 nanti.

Dalam pada itu, Mustapa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan berkata pihaknya juga akan mempertahankan lima kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU13.

Beliau berkata lima kerusi berkenaan ialah Gua Musang, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Ketereh.

"Selain itu, BN akan berusaha untuk meningkatkan jumlah undi di kelima-lima Parlimen terbabit," katanya. -Bernama

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan