Laksanakan Pemasangan Tali Pinggang Keledar Di Tempat Duduk Penumpang - JPJ

Diterbitkan: Ahad, 25 Disember 2016 4:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemasangan tali pinggang keledar di tempat duduk penumpang bas ekspres dilihat perlu dilaksanakan bagi  mengurangkan risiko kematian apabila berlaku kemalangan.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron berkata perkara berkenaan perlu kajian terperinci dalam usaha menambah baik sistem keselamatan bas ekspres.

"Saya mengalu-alukan cadangan-cadangan sedemikian kerana pemasangan tali pinggang keledar di setiap bas ekspres antara langkah terbaik mengurangkan risiko kemalangan jiwa.

"Oleh itu, saya akan bincangkan perkara ini kepada komuniti JPJ kerana cadangan pemasangan tali pinggang keledar di tempat duduk penumpang bas ekspres boleh menambah baik sistem keselamatan bas ekspres," katanya kepada Bernama pada Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai analisis berita oleh  Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang semalam berhubung kejadian kemalangan bas yang memerlukan langkah-langkah pencegahan seperti melarang bas ekspres melakukan perjalanan semasa "waktu mengantuk" dan mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang.

Nadzri berkata walaupun kerajaan belum mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar kepada penumpang, namun pihak pengusaha bas boleh mengambil inisiatif menyediakan kemudahan itu.

Dalam kejadian terbaru membabitkan kemalangan bas semalam, 14 maut manakala 16 cedera selepas bas ekspres yang dinaiki mereka terjunam ke dalam cerun dan merempuh benteng konkrit di Kampung Jayor di Km137.3 berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh, Johor.

Ditanya perlunya larangan bas ekspres melakukan perjalanan semasa "waktu mengantuk", Nadzri berkata perkata itu pernah dibincangkan namun tidak dapat dilaksanakan atas permintaan industri dan pengguna.

"Bagaimanapun, kami akan mengkaji perkara ini semula kerana larangan bas ekspres bergerak pada waktu malam juga antara langkah yang mampu mengurangkan risiko kemalangan," katanya.

Tags / Kata Kunci: JPJ

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan