Jenazah Pemandu Bas, Anak Perempuan Selamat Dikebumikan

Diterbitkan: Ahad, 25 Disember 2016 8:47 AM

Zakeer Zubir

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jenazah Zakeer Zubir, 32, dan bayi perempuannya, Nur Natasha Zahara, 1, yang terkorban dalam nahas bas ekspres di Pagoh, Johor semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Hashim Yahaya, di sini awal pagi Ahad.

Ibu Zakeer, Rashidah Abdul Rahim, 60, tenang ketika kedua-dua jenazah itu tiba di perkarangan Masjid Hashim Yahya, bersebelahan tanah perkuburan tersebut kira-kira pukul 4.50 pagi tetapi hampir pengsan ketika diadakan bacaan Yasin dan tahlil.

"Anakku...kamu pergi terlalu cepat. Ibu akan merinduimu," katanya sayu sambil air mata tergenang di matanya.

Allahyarham Zakeer adalah pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di KM 137.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara yang mengorbankan 14 nyawa termasuk anak bongsunya.

Isteri Allahyarham, Miyarseh, seorang warga Indonesia, yang turut berada dalam bas sama, bagaimanapun terselamat dan masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Fatimah kerana cedera parah.

Allahyarham Zakeer, anak kedua daripada tiga beradik, mempunyai dua anak perempuan Nur Natasha dan Nur Cahaya Zulaikha, 4.

Menurut Rashidah, anaknya itu bercadang mengadakan kenduri doa selamat yang besar pada hujung tahun ini dan mahu menjemput ramai tetamu.

Bagaimanapun, ternyata kenduri yang dirancangkan itu termasuk mengadakan sambutan hari jadi anak pertamanya, bertukar menjadi majlis pengebumian.

"Kali terakhir saya menemuinya adalah tiga hari lepas dan dia berkata akan pulang ke rumah. Dia juga meminta saya untuk menjaga anak-anaknya selain memaklumkan mahu berhenti kerja kerana tugas itu cukup meletihkan.

"Saya tidak percaya itu adalah pertemuan terakhir kami," katanya.

Jenazah Zakeer dan Nur Natasha dikebumikan selepas solat subuh dengan dihadiri kira-kira 50 anggota keluarga dan saudara mara.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan