Sultan Johor Zahir Dukacita, Simpati Kepada Mangsa Dan Keluarga Nahas Bas Ekspres

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2016 11:22 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan rasa dukacita dan simpati baginda terhadap mangsa dan ahli keluarga nahas bas ekspres di Pagoh awal pagi Sabtu.

Dalam laman sosial Facebook milik baginda, baginda menasihati pengguna-pengguna jalan raya agar berhati-hati di jalan raya terutama semasa musim cutiperayaan.

"Saya berasa amat dukacita dengan makluman berita kehilangan nyawa dalam tragedi kemalangan bas di Pagoh pada awal pagi Sabtu ini. 

"Saya turut bersimpati kepada mereka yang telah kehilangan ahli keluarga tersayang dalam tragedi yang memilukan ini. 

"Semoga Allah S.W.T berikan semangat serta kekuatan kepada mereka yang sedang berkabung," titah baginda.

Sultan Ibrahim juga mendoakan agar kesemua mereka yang cedera supaya pulihsepenuhnya.

"Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk memastikan supaya tidak berlaku kecelakaan atau kehilangan nyawa apabila berada di jalan raya," titah baginda.

Pada kejadian awal pagi Sabtu ini, bas ekspres yang dalam perjalanan ke KualaLumpur dari Johor Bahru terjunam ke dalam curam dan merempuh benteng konkrit terowong di Kampung Jayor di Kilometer 137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Pagoh. -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan