Bersembunyi Gara-Gara Hutang Anak

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2016 1:18 PM

Lum Kwai Thai

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menjelang Hari Krismas yang penuh dengan kemeriahan dan kasih sayang, seorang wanita warga emas perlu bersembunyi apabila diganggu oleh Ah Long, gara-gara hutang yang ditinggalkan anaknya.


Lum Kwai Thai, 73, takut untuk pulang ke rumahnya di Setapak selepas beliau diganggu, dikunci dari luar dan rumahnya disimbah dengan cat oleh Ah Long sejak bulan lepas.

Beliau telah diganggu dengan harapan hutang anaknya itu dapat dilunaskan.

Anaknya pula telah menghilangkan diri dengan hanya meninggalkan surat yang tercatat butir-butir Ah long terbabit kepada Kwai Thai.

Ini bukan kali pertama Kwai Thai perlu berdepan dengan Ah Long pada tahun ini.

Oktober lalu, 24 orang Ah Long telah datang ke rumahnya, menuntut bayaran balik wang RM30,000 yang dipinjam oleh anaknya untuk berjudi.

Beliau telah pun membayarnya, tetapi sebulan selepas itu dirinya diganggu sekali lagi, kali ini oleh lima orang Ah Long.

Beliau bertemu dengan pihak media pada Jumaat untuk mendedahkan dan mencari penyelesaian terhadap kes melibatkan anak lelakinya yang berusia 41 tahun itu.

"Saya melakukannya dengan amat sedih, hati yang sedih.

"Tetapi saya ingin minta supaya Ah Long tidak lagi datang cari saya. Saya sangat tua.

"Saya tidak mempunyai apa-apa lagi. Sila cari anak saya," katanya kepada pemberita di pejabat Biro Aduan dan Perkhidmatan MCA.

Kwai Thai berkata beliau terpaksa memanggil polis untuk melepaskan diri dari rumahnya sendiri selepas Ah Long menguncinya dari luar.

Gangguan yang berterusan memaksanya untuk keluar dari rumah itu dan mencari perlindungan dengan ahli-ahli keluarga lain.

Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, parti itu menerima 624 kes Ah Long yang melibatkan hutang berjumlah RM58 juta yang tidak dibayar pada tahun ini.

Daripada 624 kes, 530 daripada mereka adalah penghutang yang meninggalkan beban tanggungjawab itu kepada keluarga dan menghilangkan diri, katanya.

"Anak jenis apakah yang biarkan ibu tua macam ini?"

Ah Long, katanya, tidak sepatutnya mengganggu ahli-ahli keluarga yang tidak bersalah.

Tags / Kata Kunci: hutang Ah Long , beban hutang , MCA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan