"Saya Rasa Nak Pergi Jauh," Ayat Terakhir Tunang Sebelum Nahas

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2016 7:22 PM

Hary Ramlan menangis selepas mendapat pengesahan tunangnya Nur Amira Izzaty Razip turut terkorban dalam nahas bas ekspres awal pagi Sabtu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

MUAR: "Saya rasa nak pergi jauh" adalah antara ayat-ayat terakhir Nur Amira Izzaty Razip, mangsa nahas bas ekspres di Pagoh yang maut, kepada tunangnya sebelum bas itu kemalangan awal pagi Sabtu.

Nur Amira, 22, antara 14 mangsa yang terkorban dalam nahas bas ekspres diKM137.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berdekatan dengan kawasan rehat dan rawat Pagoh dekat sini.

Tunangnya, Hary Ramlan, 26, berkata kali terakhir mereka bertemu ketika mengambil Nur Amira di asrama kilang tempatnya bekerja di Senai dan menghantar ke Stesen Bas Larkin, yang mahu ke Negeri Sembilan bagi menghadiri majlis pernikahan kenalannya.

"WhatsApp terakhir yang dia hantar mengatakan 'saya rasa nak pergi jauh 'jadi saya pun terkejut sebab dia tak pernah berkata begitu sebelumnya kepada saya. Saya hantar dia pada 11.30 malam dan tunggu dia bertolak. Ketika dalam bas pun dia ada meminta saya menghalalkan segala makan minumnya dan mengikhlaskan semua perkara selama lima tahun kami berkenalan," katanya.

Nur Amira, yang ketika itu dalam keadaan teresak-esak semasa di stesen bas turut meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada syarikat perkhidmatan bas.

"Bas itu datang lambat, sepatutnya bas sampai pada 1 pagi tetapi tiba pada 1.45 pagi dan terus bertolak kira-kira lima minit kemudian. Saya bekerja sebagai pemandu bas SBS di Singapura jadi pada saya waktu rehat pemandu bas tersebut sangat singkat," katanya kepada pemberita.

Tambahnya, dia mendapat makluman mengenai kejadian bas daripada kumpulan WhatsApp yang memaklumkannya mengenai kemalangan tersebut.

"Pada mulanya saya tidak percaya tetapi selepas melihat nombor pendaftaran bas itu, AJC 6633 saya tahu itu bas yang dia naiki kerana tiket bas dia saya yang pegang semalam," katanya.

Menurutnya lagi, mereka bertunang sejak Mei tahun ini dan merancang untuk berkahwin pada Mei 2017.

Difahamkan Nur Amira ke Negeri Sembilan bersama seorang rakan sekerjanya, Nor Saidatul Akmal Idris, 21, yang juga maut dalam nahas bas berkenaan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Nahas bas , mangsa kemalangan , tunang

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan