Polis Sahkan Bas Dipandu Laju

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2016 3:31 PM

Kerja-kerja pengalihan bas ekspres yang terlibat nahas sehingga mengorbankan 14 penumpang awal pagi tadi giat dijalankan dengan bantuan kren di Kilometer 137, Lebuhraya Utara Selatan arah utara. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

MUAR: Polis mengesahkan bas ekspres yang terjunam dekat Kampung Jayor sini dan membunuh 14 orang bergerak pada kelajuan yang tinggi semasa kejadian.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, bas Alisan Golden Coach sedang dalam perjalanan dari JB Sentral ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur.

"Pemandu bas hilang kawalan kenderaan sebelum terjunam pada ketinggian 10 meter dari tebing di KM137.2 Lebuhraya Utara-Selatan.

"Bas itu merempuh benteng konkrit di tebing itu," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di sini Sabtu.


Kemalangan itu mengorbankan 13 orang di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar.

Mereka yang maut terdiri daripada enam lelaki, tujuh wanita dan seorang kanak-kanak. Mayat telah dihantar ke HPSF untuk bedah siasat.

16 penumpang lain yang mengalami kecederaan ringan dan teruk juga telah dihantar ke HPSF untuk rawatan.

Azman berkata polis masih belum mengenal pasti identiti mangsa dan belum menghubungi syarikat bas ekspres tersebut.

Beliau berkata mangsa yang cedera telah dikenal pasti sebagai tujuh lelaki tempatan, lima lelaki warga Singapura, dua lelaki Myanmar, seorang wanita warga Singapura dan seorang wanita yang identitinya masih belum dikenal pasti kerana masih menerima rawatan ketika sidang akhbar dibuat.

Sementara itu, anggota Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), PLUSRonda dan Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Bhd (Propel) sibuk membersihkan tempat kejadian kemalangan.

Sebuah kren berada di lokasi kejadian untuk mengangkat bangkai bas, yang menyaksikan beberapa kerusi tercabut, kesan kemalangan.

Trafik bergerak perlahan sepanjang laluan itu disebabkan pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat lokasi kemalangan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan