Pengusaha Bas Sedia Tanggung Kos Pengurusan Mangsa

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2016 7:42 PM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Pengusaha syarikat bas ekspres yang terbabit dalam nahas yang mengorbankan 14 nyawa dan 16 cedera di Km 137.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara awal pagi Sabtu, bersedia menanggung kos pengurusan mangsa yang maut dan cedera. 

Ketua Penyelia Syarikat Bas Goldstar (M) Sdn Bhd Wilayah Selatan, Steven Chong, 52, berkata pihaknya akan menguruskan semua perbelanjaan penghantaran semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu. 

"Pihak kami akan urus dan selesaikan mangsa yang maut terlebih dahulu diikuti mangsa yang cedera termasuk insurans dan urusan penghantaran pulang jenazah.

"Kami juga sedia berikan apa jua kerjasama bagi membantu waris serta mangsa tragedi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini, Sabtu.

Chong menjelaskan bas dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur itu sepatutnya berlepas dari Stesen Bas Larkin pada jam 12.30 tengah malam tadi, namun terpaksa ditangguhkan sehingga jam 1.30 pagi berikutan kesesakan lalu lintas.

Chong berkata sehingga kini, pihaknya sedang berusaha mengumpul maklumat lengkap semua mangsa terbabit untuk tindakan lanjut. 

Mengenai pemandu bas terbabit, beliau berkata pemandu bas, Zakeer Zubir, 32,yang turut maut dalam nahas itu, baharu berkhidmat dengan syarikatnya lebih sebulan turut maut dalam insiden terbabit. 

"Pihak kami baru dapat maklumat bahawa pemandu turut membawa bersama isteri dan anaknya dalam bas berkenaan. Anak perempuannya juga maut, manakala isterinya cedera," katanya. 

Dalam pada itu, Chong berkata ini merupakan kejadian kali pertama berlaku sepanjang kira-kira 30 tahun syarikat itu beroperasi. 

Pada kejadian pagi tadi, sebuah bas ekspres terjunam ke dalam curam setinggi 10 meter sebelum merempuh benteng konkrit terowong di Kampung Jayor, berdekatan dengan kawasan rehat dan rawat Pagoh.

Selain 14 maut, seramai 16 lagi cedera termasuk enam warganegara Singapura dan dua warganegara Myanmar dalam kemalangan tersebut. -Bernama

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan