Resolusi PBB Kemenangan Buat Palestin - Najib - Berita Semasa | mStar

Resolusi PBB Kemenangan Buat Palestin - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2016 4:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) meluluskan resolusi menentang penempatan haram Israel di Palestin dilihat satu kemenangan buat rakyat Palestin yang telah lama  ditindas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata Malaysia bersama tiga lagi negara iaitu New Zealand, Senegal dan Venezuela setuju campur tangan dan membentangkan draf resolusi sama menuntut Israel menghentikan penempatan haram Israel itu

"Alhamdulillah, berkat kekuasaan dan rahmat Allah SWT jua, meskipun pada mulanya berdepan cabaran apabila Mesir menarik balik cadangan draf resolusi mereka, nasib rakyat Palestin tetap akan terbela.

"Malaysia, bersama tiga lagi negara yakni New Zealand, Senegal dan Venezuela setuju campur tangan dan membentangkan draf resolusi sama menuntut Israel menghentikan penempatan haram mereka," kata perdana menteri dalam catatan di blog rasmi beliau pada Sabtu yang bertajuk 'Resolusi Menentang Penempatan Haram'.

Najib berkata, keputusan itu bukan sahaja dari sudut agama, sebaliknya ia juga menandakan sokongan padu komuniti antarabangsa menentang pelanggaran undang-undang antarabangsa yang dilakukan rejim Zionis.

Terdahulu pada Sabtu, 18 anggota UNSC - termasuk empat anggota tetap iaitu China, Perancis, Rusia dan United Kingdom - mengundi memihak kepada resolusi itu manakala Amerika Syarikat tidak mengundi dan Israel mengundi menentangnya.

Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa Bersatu yang akan menamatkan  khidmatnya, Datuk Ramlan Ibrahim, memberitahu Bernama selepas selesainya proses pengundian UNSC itu, perkembangan positif itu jelas merupakan kisah kejayaan Malaysia dalam arena diplomatik. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Najib Razak , Palestin , PBB , Israel
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan