Berpegang Teguh Pada Nilai Yang Mengikat Kita - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2016 7:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat Malaysia perlu berpegang teguh pada nilai-nilai murni yang mengikat erat mereka selama ini seperti sikap bertoleransi antara satu sama lain dan membantu golongan yang memerlukan.

Dalam perutusan Krismasnya, beliau berkata nilai-nilai itu didukung oleh penganut semua agama.

Dalam kenyataan menjelang sambutan perayaan itu pada Ahad, katanya: "Ini merupakan masa untuk menyerlahkan nilai-nilai yang menjadi pegangan penganut Kristian dan agama-agama yang lain - saling menghormati, sikap bertoleransi antara satu sama lain dan membantu mereka yang kurang bernasib baik.

"Ini merupakan nilai-nilai yang mengikat erat kita semua, untuk meraikankekayaan dan kepelbagaian yang wujud di negara ini, bersama-sama," kata Najib.

Perdana menteri turut mengucapkan 'Selamat Menyambut Krismas' kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan itu di tanah air atau di luar negara bersama-sama orang tersayang.

Katanya ia merupakan hari yang mengumpulkan dan menyatukan rakan dan anggota keluarga di seluruh negara.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Perayaan Krismas , Najib Tun Razak

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan