Nahas Bas: Impian Ibu Lihat Persandingan Anak Berkecai

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2016 4:28 PM

K. Sinamah, 55, ibu kepada V. Renugah, 25, yang terlibat dalam kemalangan bas, sebak ketika ditemui di bilik mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah hari ini.
Bas ekspress yang mangsa naiki terbabas ke dalam cerun sedalam 20 kaki di Kilometer 137, Lebuhraya Utara Selatan arah utara awal pagi tadi.
Kejadian itu mengakibatkan 14 maut manakala 16 lagi cedera. 
--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

(Ubah saiz teks)

MUAR: Hajat V.Renugah untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan tidak kesampaian apabila maut dalam nahas bas ekspres di Kilometer 137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, awal pagi Sabtu.

Abang mangsa, V.Sri Nivasan, 30, berkata dia bergegas ke Muar dari Klang, Selangor, bersama keluarganya setelah mendapat berita kematian adiknya kira-kira pukul 10 pagi tadi daripada rakan adiknya.

"Saya tergamam dan tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendapat berita kematian adik bongsu saya daripada seorang kenalan yang juga merupakan kawan adik saya," katanya ketika ditemui pemberita di bilik mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan bilik mayat itu petang ini apabila beberapa keluarga mangsa hadir membuat pengecaman mayat.

Ibu mangsa, K.Sinawah yang ditemani suaminya K.Velauntam, tidak dapat menahan perasaan sedih ketika berada di perkarangan bilik mayat.

Sri Nivasan berkata adiknya yang berusia 25 tahun itu bakal melangsungkan perkahwinan di Klang pada Mac tahun depan.

"Dia yang bekerja di Singapura kerap menceritakan persediaan perkahwinannya kepada saya sebelum ini," katanya.

Abang mangsa berkata mendiang seorang yang peramah dan suka bergurau dengan keluarga apabila balik bercuti ke rumah mereka di Taman Bayu Perdana, Klang.

Ketika mengetahui kejadian tersebut, ibunya sedang menyediakan makanan kegemaran mendiang iaitu kari vegetarian.

"Dengan hanya memberitahu adik terlibat dalam kemalangan tanpa memberitahu situasi sebenar, saya terus bergegas ke Muar dan tiba dalam pukul 1 tengah hari tadi," katanya.

Sri Nivasan berkata dia hanya memberitahu ibunya bahawa adiknya telah meninggal dunia apabila tiba di perkarangan hospital itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Nahas Bas

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan