Nahas Bas: Pemandu Turut Bawa Isteri, Bayi Perempuan

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2016 6:14 PM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Pemandu bas ekspres yang terlibat dengan kemalangan maut di KM137.2 berdekatan dengan Muar awal pagi Sabtu dilaporkan baharu sebulan memulakan kerjanya di syarikat Goldstar (M) Sdn Bhd.

Lebih malang, Zakeer Zubir, 33, turut membawa bayi perempuan dan isterinya ketika perjalanan dari Johor Baru ke Kuala Lumpur tanpa pengetahuan majikannya.

Zakeer dan bayinya turut terbunuh bersama 12 penumpang lain selepas bas yang dipandunya terjunam dekat Kampung Jayor lebih kurang pukul 4 pagi.

Polis mengesahkan ketika kejadian berlaku, bas tersebut dipandu dalam kelajuan yang tinggi.

Ketua Penyelia Goldstar (bahagian selatan), Steven Chong berkata, pemandu tersebut baharu bekerja di syarikatnya selama sebulan.

Jelasnya, pemandu dari Bayan Lepas, Pulau Pinang itu telah membawa isteri dan bayi perempuannya tanpa pengetahuan atau keizinan pihak syarikat.

Kata Chong, bayi perempuan Nur Natasya Zahara meninggal dunia di tempat kejadian, manakala isteri pemandu yang di percayai warganegara Indonesia, selamat.

"Kami masih mengumpul maklumat semua mangsa dan menghubungi keluarga mereka," jelas Chong ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

Pihak polis tidak mendedahkan identiti semua mangsa yang terlibat.

Seramai 16 orang tercedera dalam kejadian ini tujuh orang warga tempatan, lima adalah warga Singapura dan dua warga Myanmar.

Tags / Kata Kunci: Nahas Bas

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan