Aliran Trafik Ke Utara, Selatan Perlahan

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2016 1:35 PM

Kenderaan di Plaza Tol Gombak menghala ke Pantai Timur di Lebuhraya Karak, sekitar 12 tengah hari Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik ke utara dan selatan Semenanjung dilaporkan bergerak perlahan pagi Sabtu berikutan cuti bersempena perayaan Hari Krismas, Ahad.

Jurucakap Plus Malaysia Berhad memaklumkan trafik di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menghala ke utara dilapor bergerak perlahan dari Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah, Gua Tempurung menuju Gopeng, kawasan mendaki Bukit Berapit menuju Changkat Jering, Bukit Tambun ke Juru, dan Bandar Baharu ke Jawi.

"Bagi Lebuhraya Plus arah selatan pula, trafik perlahan dari Bangi ke Putra Mahkota dan Nilai ke Seremban," katanya ketika dihubungi Bernama.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata jumlah kenderaan menuju ke Pantai Timur khususnya di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 semakin meningkat namun aliran trafik masih terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di  www.twitter.com/llminfotrafik.

Tags / Kata Kunci: aliran trafik , Plus , cuti Krismas

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan