Zahirkan Bantahan Terhadap Penindasan Etnik Rohingya - Hamid Albar

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2016 11:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Rakyat Malaysia diseru untuk terus memainkan peranan proaktif dalam menzahirkan bantahan terhadap penindasan dan kekejaman ke atas etnik Rohingya di Myanmar.

Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, langkah itu perlu sebagai usaha menggesa kerajaan Myanmar memberi hak kerakyatan kepada etnik Rohingya.

Selain itu, katanya, kerajaan Myanmar juga diminta mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan kebencian dan mencetuskan keganasan terhadap kumpulan etnik tersebut.

"Kita mahu Myanmar iktiraf etnik Rohingya...kumpulan ini mempunyai hak dan mereka pernah diangkat oleh presiden pertama Myanmar sebagai antara penduduk di negara itu.

"Malaysia berpegang kepada hak asasi kemanusiaan...kita tidak mahu timbul langsung soal diskriminasi terhadap mana-mana etnik atau pun bangsa sebab itu kita perlu teruskan perjuangan menentang kezaliman itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di perhimpunan 'Peduli Ummah-Pray 4 Rohingya' di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini malam Jumaat tadi yang turut dihadiri Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Syed Hamid berkata rakyat Malaysia juga perlu bersama menperjuangkan hak masyarakat Rohingya itu supaya konflik kemanusiaan yang berlaku di Myanmar dapat diselesaikan segera.

"Kerajaan Myanmar dilihat memandang rendah kepada kaum minoriti di negara itu...tidak hairanlah mengapa mereka menafikan hak kerakyatan etnik Rohingya sehingga beratus ribu orang Rohingya meninggalkan Myanmar.

"Kita akan bagi keadilan...kita akan kumpul bukti untuk tunjuk kepada mahkamah antarabangsa berlakunya kes jenayah kemanusiaan membabitkan etnik Rohingya ini," katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi menyifatkan penindasan etnik Rohingya di Myanmar sangat mendukacitakan umat Islam seluruh dunia.

"Manusia masyarakat Madani walaupun berbeza agama, mesti berhubung...apa yang berlaku di Myanmar adalah salah dan bertentangan dengan sifat kemanusiaan," katanya yang mahu rakyat Malaysia bersatu hati menangani isu kemanusiaan di Myanmar itu.

Etnik Rohingya beragama Islam dilaporkan ditindas dan dizalimi sehingga mendorong ribuan penduduk berkenaan meninggalkan kampung halaman bagi mengelak daripada menjadi mangsa kekejaman yang didakwa turut melibatkan tentera Myanmar. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Syed Hamid Albar , Rohingya

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan