Sultanah Pahang Hadir Majlis Santapan Di Atas Kapal Peronda Maritim Pakistan

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2016 11:28 AM

Sultanah Pahang Sultanah Kalsom (tiga, kiri) berangkat ke majlis santapan malam di atas Kapal Agensi Penguatkuasa Maritim Pakistan sempena lawatan operasi kapal itu di Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang, malam Khamis. Turut hadir Panglima Wilayah Laut Satu Datuk Azhari Abdul Rashid dan Duta Pakistan di Malaysia Syed Hassan Raza. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom berkenan berangkat menghadiri majlis santapan malam di atas kapal peronda PMSS Basol milik Agensi Keselamatan Maritim Pakistan di Markas Wilayah 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tanjung Gelang dekat sini malam Khamis.

Baginda yang berangkat tiba pada 8.30 malam itu turut diiringi anakanda, Tengku Arif Temenggong Tengku Fahd Muad'dzam Sultan Ahmad Shah bagi memeriahkan majlis berkenaan.

Pada majlis itu, Sultanah Hajah Kalsom berkenan memotong kek sebagai simbolik jalinan hubungan baik antara kedua-dua negara sebelum diteruskan dengan acara santapan.

Dalam kenyataan akhbar, Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Malaysia berkata dua kapal peronda maritim baharu milik Pakistan iaitu PMSS Hingol dan Basol itu telah ditauliahkan di Guangzhou, China pada 10 Dis lepas.

Dalam pelayaran sulung itu, dua kapal peronda berkenaan berlabuh di Kuantan semalam bagi mengadakan lawatan muhibah selama tiga hari sehingga Ahad ini.

Sepanjang berada di sini, kru kedua-dua kapal maritim itu akan menyertai aktiviti sosial, sukan dan latihan secara bersama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan