Ramai Semakin Teruja Pelihara Haiwan Eksotik

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2016 11:20 AM

Pengurus Nilufar Pet & Aquatic, Jeline Chew bersama kura-kura eksotik yang boleh didapati di kedainya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menjaga haiwan peliharaan eksotik mungkin nampak mewah, tetapi ia memerlukan tanggungjawab, pengetahuan dan dokumentasi yang betul bagi memastikan kebajikan haiwan itu terjamin.

Pengurus Nilufar Pet & Aquatic, Jeline Chew berkata sejak kebelakangan ini, haiwan peliharaan eksotik menjadi salah satu pilihan popular pencinta haiwan.

“Terdapat beberapa haiwan eksotik disenaraikan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2012, yang memerlukan lesen untuk memiliki haiwan tersebut. Antaranya kura-kura, iguana, burung kakak tua, ular sawa dan sebagainya.

“Haiwan tersebut agak sukar untuk dijumpai. Namun, di Nilufar kami sentiasa membantu pelanggan untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Kami mempunyai saluran yang betul dari segi undang-undang dan bekerjasama rapat dengan Jabatan Hidupan Liar," katanya dalam satu temubual.

Tambahnya, haiwan eksotik yang dibawa masuk perlu melalui saluran yang betul dan mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan semasa penghantaran ke Malaysia.

“Jangka masa perjalanan adalah penting buat haiwan-haiwan ini, kerana jika persekitaran kurang baik, mereka akan mendapat penyakit dan mati. Sebab itu kami menggalakkan orang ramai membeli haiwan eksotik secara sah,” katanya.

Chew berkata kedainya tidak akan berkompromi tentang haiwan-haiwan yang dibawa masuk, sambil menambah, sebelum dijual, ia akan diletakkan di bawah pemerhatian selama seminggu.

Terdapat lebih 30 jenis haiwan eksotik di kedai ini.

Chew berkata, haiwan eksotik yang dibawa masuk secara sah dilengkapi dengan cip mikro dan diberikan kepada pelanggan, selepas pembelian.

Cip tersebut diperlukan apabila mereka berdaftar di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), untuk mendapatkan lesen peliharaan.

Selain itu, pelanggan juga diberitahu mengenai pembaharuan lesen yang perlu dilakukan setiap tahun.
 
“Kami mempunyai lesen daripada Perhilitan untuk menjual haiwan eksotik kepada pelanggan. Selepas mereka membeli haiwan eksotik, mereka akan diberikan resit supaya mereka boleh memohon lesen.

“Dalam tempoh 14 hari selepas membeli haiwan tersebut, mereka perlu berdaftar di Jabatan Perhilitan terdekat ,” kata Chew, sambil menambah proses tersebut adalah cepat dan mudah.

Nilufar Pet & Aquatic merupakan salah sebuah akuatik serta kedai haiwan terbesar di Lembah Klang, yang menyediakan pelbagai jenis barangan untuk haiwan kesayangan mereka.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan