Jenazah Adik TPM Selamat Tiba Di Bagan Datoh

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2016 12:08 PM

Penyanyi Amy Search menerusi akaun Instagramnya memuat naik semula (repost) klip video bersama Nanang menyanyikan lagu 'Isabella' dalam sebuah wad hospital, pada 28 Oktober lalu.

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Jenazah adik Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Ahmad Dzulfikri selamat tiba di kediaman keluarganya di Kampung Sungai Nipah Darat di sini kira-kira 11.30 pagi.

Turut mengiringi jenazah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis.

Jenazah dibawa dari Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dengan menaiki van sebelum disembahyangkan di Masjid Al Falah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat selepas solat Jumaat.

Ahmad Dzulfikri, 45, yang merupakan adik bongsu timbalan perdana menteri meninggal dunia 11.30 malam tadi akibat komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang.

Sementara itu, anak Zahid Datuk Nurulhidayah menerusi laman Instagramnya memuat naik status menyebut Ahmad Dzulfikri atau lebih mesra dipanggil Nanang/Lek Nanang adalah seorang sindrom Down.

"Syurga tempatmu Lek Nanang. Seorang insan istimewa, anugerah terindah dari Allah buat keluarga Hamidi. Al Fatihah," catatnya.

Berita pemergian Ahmad Dzulfikri turut mendapat perhatian legenda rock negara, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy Search malam tadi.
Amy menerusi akaun Instagramnya memuat naik semula (repost) dua klip video bersama Nanang menyanyikan lagu 'Isabella' di dalam sebuah wad hospital, pada 28 Okt lalu.

Kapsyen klip video itu berbunyi :"Aku baru saja terima berita sedih adik Nanang telah kembali ke Rahmatullah. Moga Allah cucuri dengan rahmat. Al Fatihah. Salam takziah buat keluarganya".

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan