Ahli MBPP Letak Jawatan, Beri Laluan Kepada Orang Baharu

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2016 1:30 PM

Dr Lim Mah Hui

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ahli Forum Pulau Pinang yang lantang bersuara, Dr Lim Mah Hui tidak akan menyambung penggal sebagai ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

"Saya menolak untuk dicalonkan oleh masyarakat sivil kepada pihak berkuasa negeri bagi dilantik semula ke majlis ini pada tahun depan. Saya telah berkhidmat selama enam tahun.

"Saya fikir saya telah berkhidmat cukup lama dan kita perlukan orang baharu untuk meneruskan perjuangan ini," katanya pada mesyuarat bulanan majlis itu, Khamis.

Beliau kemudian memberitahu sidang akhbar bahawa Forum Pulau Pinang mencadangkan Ahli Jawatankuasa Pemandu forum, Khoo Salma Nasution dan Naib Presiden Penang Heritage Trust sebagai penggantinya.

"Kita telah mencalonkan Khoo sebagai wakil untuk Forum Pulau Pinang dan NGO-NGO. Kita perlu menunggu exco kerajaan negeri membuat keputusan mengenai pencalonan ini.

"Tiada siapa yang menyuruh saya meletak jawatan. Ia adalah keputusan saya sendiri. Forum Pulau Pinang mahu saya teruskan tetapi saya beritahu mereka saya telah melakukan lebih dari bahagian saya.

"Saya akan kekal dalam Majlis Pengangkutan Pulau Pinang," katanya.

Dr Lim bagaimanapun berkata beliau akan terus lantang bersuara.

Beliau menggesa MBPP untuk membuka mesyuaratnya kepada orang ramai bagi menggalakkan ketelusan dan penyertaan yang lebih besar.

"Orang ramai juga boleh dijemput untuk menduduki mesyuarat, mungkin sebagai pemerhati, mesyuarat jawatankuasa dan jawatankuasa kecil majlis itu di mana keputusan dibuat.

"Inilah cabaran yang saya letakkan untuk masa hadapan. Jika mereka mahu buat perubahan dan kerajaan baharu, maka mereka harus berbuat demikian," kata Dr Lim.

Walaupun sering dibidas kerana pandangannya yang tidak sehaluan dengan beberapa dasar di negeri itu, namun, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa kerana memberi peluang untuk berkhidmat kepada rakyat Pulau Pinang.
Tags / Kata Kunci: Forum Pulau Pinang , MBPP , Dr Lim Mah Hui

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan