137 Penduduk Pos Kemar Positif Malaria - KP Kesihatan

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2016 3:01 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seramai 137 penduduk dari 17 kampung di Pos Kemar, Hulu Perak dikesan positif malaria dalam pemeriksaan darah beramai-ramai (MBS) yang dijalankan sehingga Rabu lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata mereka terdiri daripada 72 lelaki dan 65 perempuan termasuk 79 kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah yang kesemuanya positif malaria jenis Plasmodium vivax (P. vivax), kecuali satu kes Plasmodium falciparum.

"Selepas MBS dijalankan di kampung berkenaan, pemantauan berterusan akan dilakukan petugas kesihatan. Mana-mana individu yang mengalami demam perlu menjalani pemeriksaan darah untuk malaria," katanya dalam kenyataan, di sini Jumaat.

Menurutnya wabak malaria di Pos Kemar mula dilaporkan pada 16 Nov lepas apabila tiga orang penduduk didapati positif oleh kakitangan kesihatan di lapangan untuk jangkitan malaria jenis P. vivax selepas mereka mengadu mengalami demam berpanjangan.

Sebelum ini, Pos Kemar telah diisytiharkan sebagai kawasan bebas malaria (kawasan hijau) memandangkan tiada kes malaria dilaporkan di kawasan itu sejak lebih dari tiga tahun lepas.

Dr Noor Hisham berkata selain MBS, aktiviti-aktiviti kawalan lain telah dipertingkatkan di kampung terlibat.

Sehingga Rabu lepas, katanya sebanyak 724 rumah (100 peratus) di kawasan Pos Kemar telah disembur dengan racun pembunuh nyamuk, dan kesemua penduduknya telah dibekalkan dengan kelambu berubat.

"Aktiviti kawalan turut diperkukuhkan melalui aktiviti larvaciding bagi mencegah pembiakan nyamuk Anopheles di Pos Kemar," katanya.

Selaras dengan Pelan Strategik Eliminasi Malaria, katanya aktiviti MBS akan diulangi semula selepas sebulan dari tarikh MBS pertama bagi memastikan kes baharu berjaya dikesan dan seterusnya mengekang menyebaran jangkitan malaria secara berleluasa.

"MBS kedua akan bermula 27 Dis di kampung yang melaporkan kadar insiden malaria melebihi satu peratus," katanya.

Dr Noor Hisham berkata di kampung lain, aktiviti pengesanan kes secara aktif (ACD) akan turut dilaksanakan.

Bagi aktiviti ACD, katanya kakitangan kesihatan akan melawat kampung berkenaan dan hanya mereka yang menunjukkan gejala demam akan diambil contoh darah.

"Pihak Kementerian Kesihatan menjangkakan jumlah kes yang dikesan akan berkurangan di pusingan MBS kedua ini," katanya.

Beliau berkata wabak semasa yang berlaku di Pos Kemar adalah kerana parasit malaria dibawa masuk oleh pesakit dari luar kawasan dengan risiko utama adalah melalui kemasukan pekerja asing ke kawasan ini.

Sehubungan itu, katanya menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan pekerja asing yang diambil bekerja telah disaring bagi mengesan jangkitan malaria bagi mengelakkan pekerja asing ini menjadi punca jangkitan dalam kalangan masyarakat tempatan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan