Susur Keluar Ke Sri Hartamas Dari Lebuhraya Sprint Ditutup Sementara

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2016 1:48 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Susur keluar ke Sri Hartamas dari Lebuhraya Sprint ditutup sementara disebabkan lubang yang memerlukan kerja-kerja pembaikan segera.

Menurut Star Media Radio Traffic, kakitangan Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) telah menutup jalan susur keluar itu pada pagi Khamis.

"Anda dilencongkan terus ke Persimpangan Maarof untuk membuat pusingan-U.

"Jika anda datang dari arah LDP atau NKVE, sila teruskan perjalanan anda ke Taman Tun Dr Ismail dan menggunakan Penchala Link sebagai alternatif," kata Star Media Radio Traffic dalam laman Facebooknya.

Pemeriksaan pada pukul 11 pagi menunjukkan pekerja dan kakitangan Lebuhraya Sprint telah telah berada di tapak kejadian untuk membaiki kerosakan yang berlaku.


Pengguna jalan raya yang dalam perjalanan ke Sri Hartamas dari Petaling Jaya perlu berjalan terus untuk membuat pusingan di Bangsar.

Mereka perlu menggunakan Persiaran Bukit Kiara, melalui Pusat Sains Negara atau Jalan Tuanku Abdul Halim sebagai alternatif untuk ke Sri Hartamas.


Ketika dihubungi, jurucakap Litrak berkata mereka menyedari tentang isu itu.

"Kami masih menyiasat punca masalah ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: lubang besar , Litrak , Lebuhraya Sprint

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan