Ratu Naga Disimbah Air, Dibaling Telur

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2016 9:46 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarul Ema Rena Abu Samah yang dikenali di media sosial sebagai "Ratu Naga" berkata dia telah dibaling telur dan disimbah air berwarna ketika cuba untuk menghantar air ke rumah Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Syarul Ema berkata, dia pergi ke rumah Jamal di Ampang pada pagi Khamis bersama suami dan dua individu lain untuk menghantar air susulan protes yang dilakukan pemimpin baju merah berkenaan.

Katanya, Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar bersama penyokongnya menunggu kehadiran mereka ketika dia menghampiri rumah berkenaan.

Syarul Ema berkata kepada Jamal bahawa dia hanya hadir untuk menyampaikan bantuan air dan bukan untuk bergaduh.

"Saya memberitahunya memandangkan beliau tidak mandi sejak empat hari lalu jadi saya memutuskan untuk menghantar bekas air yang besar kepadanya kerana seluruh Ampang mempunyai air namun hanya beliau tiada," katanya ketika dihubungi.

Beliau mendakwa Jamal bagaimanapun berpendapat bahawa kehadiran mereka di sana untuk menunjuk perasaan di hadapan rumahnya.

"Selepas itu seseorang menyimbah air berwarna ungu dan membaling telur mentah dari belakang," katanya.

Syarul Ema berkata dia akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Tags / Kata Kunci: Jamal Md Yunos , Ratu Naga

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan