Pembantu Juruterbang TUDM Stabil

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2016 7:42 PM

Abang kepada pembantu juruterbang Kapten Wai Lik keluar dari bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) setelah dimaklumkan bahawa adiknya itu dalam keadaan stabil hari ini. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Keadaan pembantu juruterbang Kapten Wai Lik yang cedera dalam nahas pesawat Beechcraft B-200T yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth petang semalam, dilaporkan stabil.

Menurut abangnya yang enggan dikenali berkata adiknya sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.

"Saya tidak dibenarkan memberi sebarang maklumat dan apa yang saya boleh beritahu adalah dia dalam keadaan stabil," katanya kepada Bernama ketika ditemui di HPP pada Khamis.

Abang dan dua lagi anggota keluarga Wai Lik, 26, tiba di hospital itu kira-kira 1 tengah hari dan dilihat meninggalkan HPP pada 2.30 petang.

Sementara itu, seorang lagi anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang cedera dalam nahas malang itu, Sarjan U Mohd Sofi Azizan, 29, kini dirawat di Wad Ortopedik HPP.

Isteri Mohd Sofi, Ainul Maziayana Mohd Hassan, 27, masuk ke wad itu kira-kira 1.30 tengah hari dan dilihat membantu mengelap badan suaminya sebelum doktor datang menerangkan keadaan suaminya yang mengalami lebam di muka itu.

Pesawat TUDM yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang pada 3.30 petang semalam terhempas di Pangkalan Udara Butterworth ketika sesi latihan menyebabkan juruterbang Mejar C. Kayamboo, 44, terbunuh manakala tiga yang lain cedera termasuk Lt Hamid Hanafi, 26.

Tags / Kata Kunci: TUDM

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan