Penggantungan Pesawat Beechcraft Tak Jejas Operasi Pantau Perairan Negara

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2016 1:59 PM

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan memberi jaminan bahawa operasi pemantauan udara di perairan negara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan terjejas susulan penggantungan operasi tiga pesawat Beechcraft B-200T.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata selain menggunakan pesawat itu, Malaysia turut bekerjasama rapat dengan beberapa negara kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, China selain Filipina dan Indonesia dalam memantau perairan negara dari udara.

"Dalam memantau perkara ini (perairan), kita kena fikir luar kotak, dengan Beechcraft B-200T kita tak boleh saingi P-8 Poseidon dan Lockheed P3 Orion milik Amerika Syarikat, Indonesia dan China, tapi melalui hubungan kita dengan kuasa besar itu sekurang-kurangnya kita dapat maklumat berhubung kait dengan Laut China Selatan, isu keselamatan di Laut Sulu.

"Kalau kita dapat kerjasama rapat dengan kuasa besar, dengan negara jiran di Asean melalui trilateral yang ada antara Malaysia, Indonesia dan Filipina tidak bermakna tak ada satu daripada empat Beechcraft (pesawat) maklumat tak datang kepada kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) di Kementerian Pertahanan di sini Khamis.

Beliau berkata atas dasar hubungan yang erat dan saling menghormati antara satu sama lain negara terbabit sanggup berkongsi maklumat risikan.

Susulan nahas di Pangkalan Udara Butterworth semalam, TUDM mengarahkan tiga lagi pesawat Beechcraft B-200T milik TUDM berpangkalan di Subang digantung operasi hingga suatu tempoh.

Nahas pesawat Beechcraft B-200T milik TUDM di Pangkalan Udara Butterworth pukul 5.18 petang semalam mengorbankan seorang juruterbang TUDM, Mejar C.
Kayamboo, 44 tahun, manakala tiga lagi cedera iaitu Kaptan Wai Lik, 26, Sarjan Udara Mohd Sofi Azizan, 29 dan Lt Hamid Hanafi, 26.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan