Diskaun Tol Sempena Krismas

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2016 3:44 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sempena cuti perayaan Hari Krismas Ahad ini, pengguna rangkaian lebuh raya Plus yang membayar tol secara elektronik akan menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus.

Pengarah Urusan Plus Malaysia Berhad Datuk Noorizah Abd Hamid dalam kenyataan pada Khamis berkata rangkaian berkenaan meliputi Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).


Rebat diberikan kepada pengguna rangkaian itu bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 malam pada hari berkenaan.

"Ia diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 (kenderaan ringan dengan dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi) yang bergerak untuk perjalanan jauh (melebihi 100 kilometer dan membayar tol menggunakan sistem elektronik iaitu menerusi kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go dan SmartTag," katanya.


Noorizah berkata pada tarikh itu, pengguna sistem elektronik masih perlu membuat bayaran tol seperti biasa, tetapi rebat tersebut akan dimasukkan ke dalam kad Touch 'n Go atau kad PLUSMiles masing-masing apabila mereka menambah nilai kad mereka dalam tempoh empat bulan iaitu antara 15 Januari 2017 sehingga 14 April 2017 di pusat khidmat pelanggan di lebuh raya Plus.

"Pemberian rebat ini merupakan satu daripada langkah Plus meraikan sambutan Hari Krismas, ia juga bagi menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan pantas," katanya.

Bagaimanapun, Noorizah berkata rebat tersebut tidak diberikan untuk pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang.


Plus turut menjangkakan jumlah trafik di Lebuhraya Utara-Selatan akan meningkat 14 peratus kepada 1.6 juta kenderaan setiap hari mulai esok (23 Dis) hingga 3 Jan sempena perayaan Hari Krismas berbanding 1.4 juta kenderaan sehari pada hari-hari biasa.

Sementara itu, pengguna Lebuh Raya Cheras-Kajang dan Lebuh Raya Pintasan Selat Klang Utara Baru (NNKSB) juga akan menikmati diskaun 10 peratus kadar tol sempena sambutan Krismas.


Taliworks Corporation Berhad dalam satu kenyataan berkata diskaun untuk kenderaan Kelas 1 di semua plaza tol di lebuh raya berkenaan akan bermula pada 12.01 pagi, 25 Disember, selama 24 jam.


Taliworks Corporation Berhad merupakan syarikat induk Grand Saga Sdn Bhd yang memegang konsesi Lebuh Raya Cheras-Kajang, dan syarikat usahasamanya, Grand Sepadu (NK) Sdn Bhd, yang memegang konsesi NNKSB.


Diskaun berkenaan diberikan sebagai tanda penghargaan kepada semua pengguna lebuh raya dan sebagai sebahagian daripada komitmen kumpulan terhadap inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang berterusan, kata syarikat itu.


"Inilah masanya untuk bergembira dan bagi pihak Taliworks, saya ingin mengucapkan kepada semua rakyat Malaysia selamat menyambut Krismas dan bercuti.
Kepada semua pengguna lebuh raya, sila berikan keutamaan kepada keselamatan dan selamat memandu dengan berhemah," kata Pengurus Besar Kanan kumpulan itu, A.
Rajasolan.
Tags / Kata Kunci: diskaun tol , Krismas , CSR

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan