Bekalan Air Pulih

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2016 9:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekalan air di semua kawasan yang terjejas akibat kerja penyelenggaraan pencawang masuk utama Bukit Badong, Hulu Selangor pada 19 Dis lepas telah pulih sepenuhnya sejak 1 tengah hari Khamis.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), bekalan air kepada pengguna secara berjadual mengikut dua zon telah menyegerakan pemulihan bekalan air.

Namum demikian, Syabas berkata beberapa kawasan di Gombak seperti Taman TAR, Ampang Jaya, Kampung Dato Mufti, Menara Mutiara Taman TAR dan Taman Bukit Indah sedang mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan kes paip pecah di kawasan berhampiran.

"Segala usaha sedang diambil untuk membaiki paip-paip tersebut dan mempercepatkan pemulihan di kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Menurut Syabas, insiden paip pecah itu adalah kejadian terasing dan tidak berkaitan dengan gangguan bekalan air di kawasan yang terlibat dengan pemulihan berjadual.

"Pemantauan ke atas sistem bekalan air akan diteruskan untuk memastikan kuantiti air mencukupi dan tekanan air optimum di paip-paip utama serta paras air di kolam-kolam memuaskan," katanya.

Pengguna boleh merujuk www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar 'mySyabas', Facebook 'Air Selangor' atau Twitter 'air_selangor' untuk mendapat maklumat terkini mengenai bekalan air.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan