TLDM Wujud Armada Baharu Di Sepanggar

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2016 3:18 PM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini dalam proses penstrukturan semula armadanya dengan akan mewujudkan satu lagi armada yang berpangkalan di Sepanggar dekat sini, sekali gus menjadikan dua armada bakal beroperasi pada tahun depan.

Panglima Tentera Laut Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata pewujudan armada itu adalah sejajar dengan komitmen kerajaan untuk memantapkan kawalan keselamatan perairan negara khususnya di Sabah dan Sarawak sentiasa berada pada tahap tinggi.

"TLDM dalam proses untuk menstruktur semula armada (bagi menjadikan) kepada dua iaitu armada timur dan armada barat. Buat masa ini, TLDM mempunyai armada yang berpangkalan di Lumut, Perak.

"Armada yang akan berpangkalan di Sepanggar akan bertanggungjawab bagi keselamatan maritim di Sabah dan Sarawak... ia akan dilaksanakan tahun depan, kita akan ada dua armada," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan upacara pelucutan tauliah Kapal Tunda Diraja (KTD) Kepah di Jeti Pangkalan TLDM Sepanggar, dekat sini, Rabu.

Ahmad Kamarulzaman berkata lebih banyak kapal dijangka ditempatkan di armada bagi tujuan memperkasa kawalan keselamatan perairan negara.

Dalam pada itu, katanya TLDM turut mempunyai perancangan mewujudkan Markas Wilayah Laut 4 berpangkalan di Bintulu pada tahun depan dan lokasi sesuai telah dikenal pasti.

"Kami yakin kami dapat mewujudkan Markas Wilayah 4 di Bintulu menjelang tahun depan. Kami sedang mengkaji untuk mengoptimumkan infrstruktur sedia ada di Bintulu (pelabuhan).

"Kami sedang mengkaji untuk menjalin kerjasama dengan agensi relevan tanpa perlu membelanjakan bajet tinggi untuk membina markas baharu," katanya.

Mengenai KTD Kepah, katanya, pelucutan tauliah itu merupakan satu titik permulaan bagi Pelan Transformasi TLDM 15-5, iaitu usaha penjimatan kos untuk mengurangkan daripada 15 kepada lima kelas kapal, dan kapal-kapal lama yang memerlukan kos penyelenggaraan tinggi.

Ahmad Kamarulzaman berkata KTD Kepah telah berkhidmat selama 36 tahun dalam TLDM dan pernah diterajui oleh 27 Pegawai Memerintah selain banyak sumbangan dalam pengoperasian kapal TLDM di perairan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: TLDM

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan