Rani Kulup Gembira Bekalan Air Kembali Pulih

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2016 1:52 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Berbeza dengan Datuk Seri Jamal Yunos yang hadir ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dalam keadaan bertuala sebagai tanda protes terhadap gangguan bekalan air, Abdul Rani Kulup Abdullah pula menyatakan rasa gembira apabila bekalan air kembali pulih pada Rabu.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu berkongsi kegembiraan tersebut menerusi rakaman video berdurasi 37 saat yang dimuat naik di laman Facebooknya.

Dalam video tersebut, Rani yang memakai kain sarung dan lengkap bercermin mata hitam kelihatan gembira apabila air kembali mengalir di rumahnya yang terletak di Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah sudah ada air... Kipidap Dongibab... ada air... ada air," kata Rani dalam video tersebut.

Menurut Rani, gangguan bekalan air sejak Isnin lalu merupakan ujian daripada Allah dan orang ramai perlu bersabar menghadapi dugaan tersebut.

"Jangan marah marah Bro... air tak ada bukan mengamuk... kita kena berdoa," katanya.





Tags / Kata Kunci: Rani Kulup , gangguan bekalan air

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan