1.6 Juta Kenderaan Dijangka Guna PLUS Pada Sambutan Krismas, Tahun Baharu

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2016 3:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 1.6 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) setiap hari pada waktu puncak menjelang cuti perayaan Krismas dan Tahun Baharu, bermula 23 Disember hingga 3 Januari 2017.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad Datuk Noorizah Abd Hamid berkata jumlah itu meningkat 14 peratus berbanding jumlah kenderaan pada hari biasa iaitu 1.4 juta sehari berikutan cuti umum itu bersambung dengan cuti hujung minggu dan cuti sekolah.

"PLUS menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan sempena sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2017 yang akan datang berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS," katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Noorizah berkata TTA merupakan cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Ia merupakan pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat pada waktu puncak.

Menurut jadual TTA, pengguna dari Lembah Klang ke Perlis dan Kedah dicadang memasuki lebuh raya bermula 6 pagi hingga 10 pagi manakala waktu sesuai ke Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Perak (Tengah) adalah 10 pagi hingga 6 petang.

Bagi mereka yang menuju ke Perak (Selatan) dan Selangor disaran bergerak selepas 6 petang, ke Johor (6 pagi hingga 3 petang) dan ke Negeri Sembilan dan Melaka selepas 3 petang.

Sementara itu pengguna jalan raya dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara), Perak (Tengah), Perak (Selatan), Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka yang menghala ke Lembah Klang dicadang memasuki lebuh raya sebelum 11 pagi atau selepas 5 petang.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000, mengikuti laman Twitter PLUSTrafik atau memuat turun aplikasi 'PLUS Mobile' menerusi telefon pintar atau tablet. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PLUS

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan